Sebelum ni, ada la dikalangan sahabat - sahabat SH yang bertanya kenapa tak nak ulas mengenai isu pemilihan semula Pemuda UMNO Rompin. Hari tu beria sangat buat pendedahan.
Yang sebenarnya, SH malas dah nak buat ulasan pasal isu tu sebab ianya adalah seperti mana yang telah didedahkan sebelum ini. Bak kata sahabat SH, "It is what it is".
Apa lagi yang perlu nak diulas sekiranya persoalan demi persoalan yang timbul dulu pun masih lagi tak dijelaskan oleh pihak berkenaan. Banyak isu yang dibangkitkan.
Tapi, tak de satu pun yang dijawab atau dijelaskan oleh pihak yang berkenaan. Nampak macam diorang pandang remeh isu yang berlaku sedangkan implikasinya cukup nyata.
Apa yang diorang nampak hanya perebutan kuasa semata - mata. Diorang tak nampak aib orang yang terbuka. Diorang tak nampak luka yang hinggap pada UMNO sendiri.
Itu semua diorang tak pikir, diorang tak nampak. Kalau nampak pun diorang buat tak tau. Sebab tu persoalan tu semuanya tak dijawab oleh pihak yang berkenaan.
Salah satu isu yang SH bangkitkan sebelum ini ialah mengenai arahan untuk buat pemilihan semula yang sebelum ini. Siapa yang keluarkan arahan tersebut jika JK Pemilihan pun tak tau lansung pasal perkara tersebut?
Jawapan yang diberikan ialah MT yang keluarkan arahan. Macam mana MT boleh keluarkan arahan sedangkan MT tu pun belum angkat sumpah pada ketika itu?
Kan nampak sangat tak logik jawapan yang diberikan. Kalau setakat nak bagi alasan dan jawapan untuk selamatkan tengkuk sendiri buat apa. Buat mengabihkan masa je.
Hari ni keputusan muktamad dah dapat dicapai. Dato' Sahfri dengan rela hati menarik diri dari bertanding jawatan Ketua Pemuda Rompin untuk tumpukan perhatian kepada Pemuda Pusat.
Pendirian Dato' Sahfri tu satu tindakan yang cukup SH hormati. SALUTE!!! Tapi ada jugak yang dok bercakap kat belakang. Dato' Sahfri tarik diri sebab dia dapat jadi PSU.
Itu yang SH katakan sebelum ini. Ada khifarah disebalik apa yang berlaku. Rezeki orang kita tak tau. Kita buat la macam mana pun nak sekat rezeki orang tu, tapi sampai kiamat kita takkan mampu.
Sebab rezeki manusia ni ketentuan Allah S.W.T. Jadi tak payah la nak mengabihkan masa buat kerja yang bukan - bukan dan sia - sia. Setakat mengabihkan masa dan tak mendatangkan faedah lansung!!! Yang malunya diri sendiri, bukannya orang lain!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.