Halaman

Rabu, Disember 04, 2013

ALASAN UKE YANG BUAT PAS TERNGANGA!!!


Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.   

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya.

5 ulasan:

  1. PAS menolak ulama dan peranan ulamak. Apabila UMNO melakukan transformasi, menjadi mesra ugamawan dan memberi ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk memainkan peranan dakwah, PAS tidak dapat menerima perkembangan ini. Sebenarnya, perjuangan PAS yang bersekongkol dengan PKR dan DAP untuk mendapatkan sedikit kuasa tidak akan membawanya ke mana-mana melainkan terus menjadi kuda liwatan pembangkang. Insya Allah, akhirnya UMNOlah yang akan melaksanakan hukum Islam sepenuhnya di negara ini dan bukannya PAS yang bermuka-muka serta sanggup memperdagangkan ugama dan mengorbankan akidah bagi mengaut secebis laba politik.

    BalasPadam
  2. sabar jer lah ustaz...kan ke sabar tu separuh dari iman. puak2 haprak pas ni semua dah dijamin masuk syurga. tu sebab lidah mereka tak dijaga.

    belajar agama tinggi sampai timur tengah...perangai dan mulut...masyaallah...hanya tuhan jer yang tau.

    mereka tau apa yang mereka buat adalah salah...disebabkan hati hitam...ikut pulak hasutan syaitan... maka persetan segala laramgan tuhan. bila dikata sesat marah. patutnya korang semua duduk dalam gua...renung diri tu baik2. senang kata bermuhasabah diri ler.....

    BalasPadam
  3. Bukan senang hendak menyebarkan kebenaran. Banyak halangan dan dugaannya. Harap UKE bersabar dan teruskanlah perjuangan.

    :Dsarah

    BalasPadam
  4. Kalau ada ustaz kazem fan club, saya nak join.

    BalasPadam
  5. PAS seolah-olah seperti satu tempat khas untuk DAP kencing berdiri disebelah kirinya dan PKR kencing berdiri disebelah kanannya. PAS lemas oleh kedua-dua najis yang dilemparkan tetapi masih mampu tinggal ditempat yang hancing itu. Itulah gambaran jelas mengenai PAS(Pengikut Assabiyah Semberono).

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.