Halaman

Selasa, Disember 03, 2013

BELUM KAHWIN DAH BERPELUK, LEPAS KAHWIN???


Memang itulah yang orang sekarang ni dok perkata pasal pasangan ni sebenarnya. Bukannya diorang kecoh sangat pasal pasangan tu nak kahwin sangat pun.

Tapi banyaknya pasal apa yang pasangan tu dok buat sebelum ni. Bukan main sakan lagi dok berpeluk sana sini. Siap tayang pulak kat dalam media dan sebagainya.

Tu belum kahwin lagi tu. Dah buat macam orang kahwin dah gayanya. Kemaluan pasangan tu hilang ke mana? Dimana tatasusila orang Melayunya? Dimana batas Islamnya?

Kononnya nak tunjuk 'Kemesraan' sesama diorang katanya. Kot ye pun 'Mesra', jaga la tatasusila sebagai orang Melayu. Jaga la peribadi orang Islam. Bab itu yang pentingnya.

Yang lebih menghairankan kita ialah pasangan tu terdiri dari seorang yang muda dan seorang yang tua. Bukan la diorang ni bercinta sama umur atau sebagainya.

Sepatutnya yang tua tu ajar yang muda tu. Tapi ini tidak. Yang tua tu pulak yang lebih - lebihnya. Yang tua tu pulak gedik tak tentu arah.

Bila orang kritik, tau pulak diorang marah. Yang diorang buat benda orang boleh kritik apa kejadahnya? Diorang sendiri yang memalukan diri sendiri siapa suruh.

Tu baru bercerita bab 'Kemesraan' tak tentu arah pasangan tu. Belum lagi bercerita pasal bab perkahwinan melampau yang diorang rancang nak buat tak lama lagi.

Kot Raja kahwin pun tak de heboh macam diorang. Tak de belanja sampai berpuluh - puluh juta. Ini kecoh satu dunia dibuatnya. Nampak sangat kahwin tu bukan kerana Islam.

Apa pun, semua tu pilihan masing - masing la ye tak. Kita ni hanya menegur diorang untuk kebaikkan. Bukannya nak mengutuk diorang tak tentu arah. Sewajarnya diorang fikir apa yang diorang buat. Jangan suka sangat memalukan diri sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.