Halaman

Ahad, Disember 01, 2013

PAS TAKUT USTAZ KAZIM MASUK UMNO!!!


Kalau kita baca dari satu sudut, nampak gayanya PAS ni masih sayang pada Ustaz Kazim. Tu sebab diorang mula meroyan tak tentu arah bila Ustaz Kazim tu dilamar oleh UMNO.

Tapi, takkan la diorang nak meroyan sampai sanggup memalukan diri sendiri secara terang - terangan? Takkan la diorang sanggup membodohkan diri diorang sendiri?

Semalam, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Perak mendakwa KONONnya Ustaz Kazim tu masih lagi ahli PAS.

Kata dia, Ustaz Kazim mendaftar jadi ahli PAS pada tahun 1998 dan menjadi ahli PAS Cawangan Manjoi dalam Kawasan Tambun dengan nombor keahlian 0475276.
“Pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebenarnya agak mengejutkan, ia juga menimbulkan persoalan sama ada Mohd Kazim telah menyertai Umno atau tidak kerana mengikut rekod, beliau masih ahli Pas yang sah..." - Ketua Pemuda PAS Perak
Hah! Nampak sangat la Ketua Pemuda PAS Perak ni sengaja nak mengelirukan rakyat terutama sekali ahli - ahli Parti Angguk Saja tu sendiri dengan membuat dakwaan tersebut.

Hakikatnya, Si Ketua Pemuda PAS Perak ni buta dengan sejarah diorang sendiri. Mungkin dia dah hilang ingatan gamaknya. Tu pasal la dia tak tau apa yang dah berlaku.

Meh kita kembalikan ingatan Ketua Pemuda PAS Perak ni. Disebelah ni SH siarkan 'Printscreen' dari blog Dewan Ulama PAS Perak berkaitan dengan status Ustaz Kazim.

Baca betul - betul usul yang telah dibentang dan diterima oleh Dewan Ulama PAS Perak tu mengenai status Ustaz Kazim dalam Muktamar Dewan mereka pada tahun 2011 yang lalu.

Nah!!! Macam mana sekarang? Apa yang Si Ketua Pemuda PAS Perak tu nak kata mengenai perkara ni? Adakah dia nak menafikan perkara tersebut dan dakwa blog tu menipu?

Walaubagaimana pun, dalam kenyataan Ustaz Kazim semalam, dia mengakui bahawa diri dia masih lagi seorang ahli PAS yang sah biarpun ada usul untuk memecat dia dari parti tu.

Tapi, kata Ustaz Kazim, sampai hari ini dia masih lagi tidak menerima sebarang notis berkaitan dengan perkara tersebut dan berasa malu dengan PAS.

Mana tidaknya. Selama dia jadi ahli parti, parti tu sendiri yang tidak mengendahkan dia dan meminggirkan dia. Bila ada orang lain yang nak ajak dia bersama - sama, baru la diorang nak sibuk dengan hal dia!!! Memang tak malu sungguh!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.