Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki menyiarkan pendedahan yang dibuat oleh Dr Mohd Abd Rahman Kajani berkaitan Projek Kajang (Kajang Move).
“Projek Kajang digerakkan oleh Anwar dengan matlamat menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai MB. Walaupun pelbagai alasan dan hujah direka oleh Rafizi bagi mewajarkan PRK Kajang hakikatnya tetap satu iaitu menurunkan Khalid daripada jawatan MB Selangor.
“Rafizi boleh berhujah kononnya “gerak kajang penentu kejayaan menawan putrajaya” tapi hakikatnya ialah pintu kepada kemusnahan PR dan hancurnya impian PR ke Putrajaya< " dedah Dr Mohd Abd Rahman.
Menurutnya perancangan menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dilakukan dalam mesyuarat Biro Politik PKR beberapa minggu lalu.
Rentetan itu, Anwar bersama dengan satu kumpulan yang dianggotai Rafizi Ramli, Rahim Ghouse dan Saifudin Nasution telah memikirkan cara untuk menjayakan perancangan tersebut.
"Maka dikemukakan idea perletakan jawatan ADUN Kajang untuk Anwar bertanding seterusnya menjadi MB. Idea itu dilaksanakan tanpa memaklumkan dan dibincangkan dengan lumat oleh jawatankuasa tertinggi PKR atau PAS atau DAP atau PR.
"Tidakkah keputusan ini dan sebegini bersifat sebelah pihak dan jahat dengan mengabaikan rakan sekutu dalam PR? Adakah Tan Sri Khalid menjadi MB mewakili PKR atau mewakili PR? Cara bertindak sebegini dalam membuat keputusan besar bakal menghancurkan Pakatan Rakyat jika mendapat kuasa lebih besar lagi iaitu Putrajaya," soalnya.
Menurutnya lagi, PAS hanya dimaklumkan keputusan mengosongkan DUN Kajang itu pada Ahad malam Isnin, 26 Jan 2014.
"Pimpinan PAS membantah dan minta dimesyuaratkan dulu. Seterusnya dikatakan PAS bermesyuarat untuk membuat keputusan pada petang Isnin 27hb, namun Speaker DUN Selangor telah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kajang di saat PAS sedang berbincang.
"Tidakkah tindakan ini membelakangi konsep musyawarah dan muafakat yang sepatut menjadi amalan semua rakan Pakatan?," soalnya lagi.
El Haraki turut menyiarkan pendapat ahli PAS Kajang, Puan Wan Nazihah Wan Ismail yang kecewa dengan kenyataan angkuh Rafizi Ramli.
“Saya ada membaca ulasan Saudara Rafizi dalam portal malaysiakini yang bertajuk 'Kalau Ini Permainan PKR, Tolaklah Kami'.
"Sebagai salah seorang muslimat penyokong PAS di DUN Kajang, saya secara peribadinya sebagai pengundi di DUN Kajang berasa tergamam dan terkejut dengan tajuk portal berita tersebut.
"Sebagai salah seorang muslimat penyokong PAS di DUN Kajang, saya secara peribadinya sebagai pengundi di DUN Kajang berasa tergamam dan terkejut dengan tajuk portal berita tersebut.
“Seolah-olah kami penyokong PAS (dan juga seluruh pengundi DUN Kajang) boleh diugut dan dicabar secara terbuka oleh seorang pemimpin politik.
“Tidak pernah saya sepanjang menjadi pengundi di DUN Kajang ini dicabar sedemikian rupa oleh mana-mana tokoh politik sebelum ini. Kalau itu saudara Rafizi mahukan…saya sahut cabaran beliau!” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.