Halaman

Khamis, Februari 06, 2014

ANAK NIK AZIZ PERTIKAI KONSENSUS NASIONAL ANWAR!!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berlangsung.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia bagi memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalah erti.

"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), para pendokong serta penyokong wajar memahami dan meneliti apakah sebenarnya maksud sebenar Konsensus Nasional.

"Saya percaya jika ia dilontarkan lebih awal untuk mendapat pandangan awam, maka perkara ini dapat dimatangkan dengan lebih baik lagi," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Rabu.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata demikian apabila beberapa langkah strategi politik dan idea-idea besar oleh PR dilihat agak pelik dan kurang disenangi rakyat.

Katanya, kes seperti di Kajang dan Konsensus Nasional memerlukan kesepakatan dan dibincangkan secara telus di peringkat PR.

"Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit.

"Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar perlu menghuraikannya dengan lebih jelas," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Konsensus Nasional, beliau turut menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bersetuju untuk membataskan topik perbincangan kepada segmen sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

"Namun, empat segmen ini seolah-olah tidak mendapat persetujuan penuh. Maka, di mana titik fokalnya?," ujarnya.

Menyifatkan hubungan antara BN dan PR sebagai 'terlalu politiking' dan penuh tipu muslihat politik, beliau berkata agenda bersama seperti lontaran idea Konsensus Nasional boleh meredakan suhu politik dan disenangi rakyat.

"Ia haruslah menjadi satu gerakan yang benar dan amanah, bukan sekadar projek politik yang kelak akan memeningkan rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.