Wah!!! Ini dah kira hebat ni. Semakin hari, makin nampak mengarut dah puak - puak Parti Kecohkan Rakyat ni. Semakin bercelaru dah nampak gayanya diorang ni. Tak terkeruan dah dibuatnya.
Dulu, diorang yang suka buat kecoh tak tentu arah. Habis seluruh masyarakat di Malaysia ni dikecohkan tak tentu arah. Sekarang, bila tembelang diorang dah terbuka, diorang kecoh pulak sesama sendiri.
Kemelut terbaru dalam PKR ni nampak gayanya semakin meruncing apabila ada sumber mendedahkan yang Si Azmin tu akan ditendang dari menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang.
Katanya, itu salah satu syarat yang dibuat agar Khalid turun dari kerusi Menteri Besar Selangor dan memberikan laluan kepada Si Ketua Penipu tu untuk jadi Menteri Besar yang baru.
Jadi, tak heran la kenapa Si Azmin tu sanggup ambik tindakan membelakangkan parti dan saman Suara Keadilandaily tanpa sebarang konsensus dengan pucuk pimpinan terlebih dahulu.
Jika benar dia ada buat sebarang rundingan, sudah tentu Si Azmin tu takkan failkan saman tersebut. Jadi, nampak sangat la yang dia tak de buat rujukan dengan pimpinan Pusat.
Sebaliknya, Si Azmin tu ambik tindakan secara bersendirian. Jika tidak, kenapa pulak pimpinan PKR tergopoh gapah nak buat jawatankuasa untuk menyelesaikan kes tersebut?
Nah!!! Kan nampak sangat diorang ni mula jadi kucar kacir dan tak tentu arah dibuatnya. Sampaikan sesama sendiri pun diorang nak saman apa kejadahnya. Dah tak sehaluan belaka la tu maknanya.
Yang lebih memalukan, tindakan Si Azmin tu bukan sahaja membelakangkan pucuk pimpinan. Tapi dia turut membelakangkan perjuangan Pakatan Haramjadah tu dalam soal Kebebasan Hak Bersuara. Baru kena kritik sikit dah nak saman. Bebas Bersuara Menda Kejadahnya kalau macam tu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.