Halaman

Selasa, Februari 18, 2014

'BAKAL MENANTU' AJAK 'BAPAK MERTUA' KE MELAKA!!!


Hehehe!!! Memang penyudahnya, Si Ketua Penipu tu pun dijadikan bahan lawak jenaka je dek Si Mamat yang mengaku kata diri dia ni 'Sultan Melaka' tu. Boleh masuk Maharaja Lawak dah ni.

Hari tu, Si Mamat yang mengaku kata dia 'Sultan Melaka' tu dah buat lamaran untuk meminang anak kesayangan Si Ketua Penipu tu. Tapi masih tak de sebarang jawapan. Sekarang, dia dengan 'gentle' menjemput Si Ketua Penipu tu bertanding di Melaka. Amacam, ada berani ke??? Hahaha!!!
PETALING JAYA:  Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka merupakan mungkin satu-satunya ‘Sultan’ yang sangat rajin bertwitter dengan ‘rakyat’.

Walaupun rata-rata ramai yang pertikaikan kesahihan beliau sebagai Sultan Melaka, tetapi sekurang-kurangnya beliau mempunyai ramai pengikut Twitter. Setakat ini beliau mempunyai 7, 277 pengikut Twitter.

Apa yang menarik Sultan Melaka seorang individu yang mengikuti isu semasa termasuk isu kangkung, Pilihan Raya Kecil Kajang dan malah prestasi merudum pasukan bolasepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United pun beliau ikuti.

Apabila pengikut beliau tanya isu-isu berkaitan, beliau mampu menjawab dengan melontarkan pendapat beliau dengan gaya ‘check-mate’ iaitu mematikan hujah orang yang bertanya dengan jawapan beliau yang ‘straight to point’.

Tetapi apa yang sangat menarik sesiapa yang mengikuti Twitter beliau, pasti akan tergelak dan paling kurang tersenyum sendiri. 

Ini ialah kerana ada pengikut beliau sebenarnya cuba hendak menyindir Sultan Melaka dengan tanya sesuatu soalan yang mengada-ngada, tetapi Sultan Melaka pula mampu menjawab dan mematikan persoalan itu dengan cara humor dan sinis.

Pendek kata sesiapa yang berhajat ingin ‘kenakan’ Sultan Melaka dengan pesanan Twitter elok berfikir dua kali kerana mereka sendiri boleh ‘terkena’ dengan Tweet Sultan Melaka yang lucu tapi sinis.

Dalam salah satu Tweet, Sultan Melaka bertanya apakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bertanding di Melaka.

“Anwar tak nak bertanding di Melaka? Melaka pun banyak isu. Sultan Melaka setuju kalau Anwar MB. Boleh kautim”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.