Halaman

Isnin, Februari 17, 2014

BARU KAWIN DAH NAK KENA MADU NI APA CERITA???


Angin tak de, ribut tak de, apa cerita ni? Kenapa pulak Che Ta tetiba nak bercerita yang dia takut nak dimadukan dimasa akan datang? SI Zain tu tak puas ke dengan dia?

Kalau tidak, kenapa pulak Che Ta nak bukak cerita pasal madu ni? Owh!!! Rupanya nak promotekan drama 'MADU' yang ditayang kat TV3 tadi. Serius kita ingatkan Si Zain tu nak cari lain.

Kot ye pun, jangan la bikin gempak macam tu Che Ta oi!!! Buat tergezut je. Rugi la kalau Si Zain tu nak cari lain. Dapat Che Ta pun dia patut bersyukur. Bergetah lagi tau. Tak gitu?

Tapi, satu je yang kita nak pesan dengan Che Ta ni. Bab jodoh ni tak boleh kita nak halang, tak boleh kita nak nafi. Kalau dah itu ketentuannya, kena terima seadanya. Jangan kita tolak sebab ianya tetap Ketentuan Yang Maha Esa. Kalau kita tolak, berdosa!!!
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun tambahnya, dia hanya rela hidup berpoligami dalam kerjaya lakonannya sahaja menerusi sebuah telefilem khas terbitan Zeel Production berjudul Madu bersama barisan pelakon lain iaitu Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah.

Telefilem arahan Joeza itu mengisahkan Anita, lakonan Rozita, yang sanggup mencarikan calon isteri buat suaminya, lakonan Zamarul.

"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk dimadukan.

“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan," ujarnya yang dipetik mStar Online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.