Halaman

Sabtu, Februari 15, 2014

BERTANDING PRK PUN MINTAK IZIN DARI BINI???


La!!! Ish!!! Kesian betul Si Zaid Al-Araki ni. Tak sangka pulak yang dia ni takut bini rupanya sampaikan nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil pun kena mintak izin dulu.

Maknanya, adakah selama hari ini, sebarang keputusan Si Zaid tu perlu dirujuk terlebih dahulu kepada isteri dia sebelum dia boleh ambik sebarang tindakan yang sewajarnya?

Isteri dia jugak ke yang suruh dia sertai program - program Pakatan sehingga membuatkan dia tersingkir dan seterusnya dipecat dari UMNO sebelum ini?

Adakah isteri dia jugak yang buatkan dia meninggalkan PKR sebaik sahaja dia didapati GAGAL merebut jawatan Timbalan Presiden parti tersebut dalam pemilihan yang lalu?

Tapi, apa pun kemungkinannya, memang nampak sangat la Si Zaid Al-Araki ni dah hilang akal sebab nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil di DUN Kajang tu. Dasar manusia yang tak sedar diri ni memang payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
PETALING JAYA: Isteri kepada bekas pemimpin Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, Datin Suliana Shamsuddin Alias mengizinkan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Zaid mengumumkan persetujuan isterinya itu menerusi laman sosial Twitter dan Facebook sebaik saja beliau memberitahu tertarik untuk bertanding pada PRK itu.

"Suliana kata setuju tentang Kajang - hadiah sempena Valentine," tulisnya pada Jumaat.

Terdahulu, Zaid menegaskan hasratnya untuk mengambil bahagian dalam PRK itu bergantung kepada persetujuan isterinya.

"Isteri dan anak-anak tidak gembira mengenai kemungkinan saya untuk kembali dalam politik terutamanya apabila serangan peribadi berniat jahat dilancarkan terhadap saya.

"Saya beritahu mereka selagi saya seorang pengulas politik, sukar untuk melarikan diri dari kecaman dan penghinaan. Namun, boleh jadi tiada demokrasi atau kebebasan di negara ini sekiranya setiap individu terus berdiam diri kerana takut dihina," katanya.

4 ulasan:

  1. Dalam bahasa arab, minuman keras tu 'khamar' laa bodoh.,, Main hentam je kau ni ye.. zaid al araki. Geleng kepala aku tengok betapa bodohnya kau..pakai hentam je yek?

    Arak tu BM, dan even dalam arab pun bukan merujuk pada beer. wat malu UMNO je ada orang bodoh macam kau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bengong betul la pecacai ni...suka admin la nak gelar.... alaraki ke...aljuburi ke...alspendaki ke...ini dia punya blog ma....
      kalau ko punya blog...ko gunalah alkhamari ke...suka ko lah.
      itu cuma gelaran...janganlah sentap beb....

      Padam
    2. Al-Juburi klu di translet kan dlm bahasa arab jd apa dol??
      klu Al-Juburi translet bahasa jawa = Al selet te..

      Padam
    3. Bahasa Melayu sendiri pun tunggang langgang. Ada hati nak ajar orang lain bahasa Arab? Buat malu pencacai saja ada orang jahil macam kau.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.