Disebalik kecaman dan dakwaan yang bukan - bukan terhadap usaha pihak Kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat, kini ianya mula diterima secara terbuka.
Jika sebelum ini, pelbagai pihak telah melontarkan pelbagai tanggapan terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdan Menteri, namun ianya kini mula diterima rakyat.
Biar apa pun alasan yang diberikan, namun bantuan tersebut jelas memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya. Terutama bagi mereka yang memiliki pendapatan dibawah RM 3,000 sebulan.
Tinjauan melalui laman internet termasuk media sosial menjelaskan bahawa bantuan tersebut disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum mahupun latar belakang Politik.
Pada peringkat permulaannya, pemberian bantuan tersebut pernah dilabelkan HARAM oleh sesetengah pihak dikalangan parti Pembangkang. Mereka mendakwa pemberian bantuan tersebut berniat untuk meraih sokongan dari kalangan rakyat semata - mata.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut menyatakan bahawa usaha murni yang dibuat oleh pihak Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib sebagai 'memberi haiwan makan'.
Namun, hari ini, kenyataan sedemikian tidak lagi kedengaran apabila dilihat mereka sendiri teruja untuk memohon bantuan tersebut secara terang - terangan tanpa segan silu.
Ianya dapat dilihat tatkala pendaftaran bantuan tersebut mula dibuka sehingga tamat tempoh pada 31 Januari yang lalu yang turut melibatkan pemimpin Pembangkang sendiri yang mengambil inisiatif untuk membuka kaunter bagi memudahkan pendaftaran.
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) kali ini akan bermula pada 22 Februari dan dilaksanakan seluruh Malaysia sehingga 9 Mac 2014. Ianya akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dikawasan Parlimen Titiwangsa pada 22 Februari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.