Halaman

Khamis, Februari 06, 2014

CEROBOH 'RUANG PERIBADI', NURUL IZZAH BAKAL TETAP DISAMAN!!!


Tahniah diucapkan kepada Dato' Raja Nong Chik kerana tidak menyelesaikan kes saman beliau terhadap Si Nurul Izzah tu secara Mediasi. Biar berputih tulang, jangan berputih mata.

Hanya cara ini sahaja yang dapat mengajar puak - puak Pakatan Haramjadah tu dari menyebarkan cerita yang bukan - bukan sesuka hati diorang je. Kalau tidak, diorang tetap akan biadap.

Jenis orang macam diorang ni bukannya boleh diajar dengan cara lemah lembut. Kena cara kasar jugak baru diorang sedar diri. Bila dia buat fitnah pada orang, tau pulak nak mintak selesai diluar mahkamah.

Masa dia buat fitnah terhadap Dato' Raja Nong Chik tu dulu, ada dia ambik kisah semua tu? Ada dia ambik peduli dengan 'Ruang Peribadi' orang lain? Tak de jugakkan? Dia main langgar ikut suka hati dia je. Sendiri yang pandai cari penyakit, sekarang sendiri tanggung la Nurul oi!!!
KUALA LUMPUR - Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan fitnah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.

Ini kerana pihak yang terbabit dalam proses mediasi itu - Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini - tidak bersetuju dengan terma penyelesaian, kata peguam K.Shanmuga yang mewakili Nurul Izzah.

Sehubungan itu, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam, katanya kepada media di sini. Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan itu.

Proses mediasi itu dijalankan di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Raja Nong Chik ketika ditemui media berkata beliau akan membuktikan tuntutannya terhadap Nurul Izzah apabila kes itu dibicarakan. Ini kerana kenyataan itu telah menjejaskan reputasinya dan keluarganya, kata beliau.  

Nurul Izzah pula berkata beliau bersedia untuk mempertahan kenyataan yang dikeluarkannya berdasarkan isu kepentingan awam.

Pada 17 Julai tahun lepas, Raja Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.

3 ulasan:

  1. lawan, lawan sampai nurul insaf...

    BalasPadam
  2. Ini baru anak jantan..tahniah Raja Nong Chick..jangan jadi saperti peguam UMNO yang takde pegangan..kes tian chua dan stopa ali..puan UMNO di fitnah dan di caci..pabila dibawa ke mahkamah mereka berdua ni minta maaf..peguam UMNO yang takde teloq terus angguk tanda setuju..ni ke cara nak tunjuk jantan

    BalasPadam
  3. jadi menteri atau orang jantan yang ada telor, kes fitnah tidak akan dilayan selesai diluar mahkamah.

    hari ini kebenaran perlu ditampilkan menerusi undang-undang. orang akan belajar undang-undang kerana dengan cara itu mereka tidak bertindak diluar batas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.