Halaman

Jumaat, Februari 14, 2014

FATWA 'HARAM' ANWAR JADI MB PERLU DIKELUARKAN!!!


Kemungkinan besar, itu tindakan yang sewajarnya puak - puak PAS ni buat untuk mengekang Si Ketua Penipu tu dari merampas kerusi jawatan Menteri Besar di Selangor.

Bukan ke diorang biasa keluarkan 'fatwa' sedemikian untuk mengekang ahli dari terus menyokong orang lain? Jadi, kenapa dalam isu ni diorang tak buat macam tu?

Kalau nak diikutkan, bukan main lagi diorang menghentam Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan dan mengecam tindakan Si Ketua Penipu tu tanpa henti - henti. Macam la Si Ketua Penipu tu peduli sangat.

Percaya la. Puak - puak PAS ni satu hari nanti akan terus tergamam dan hanya mampu menggigit jari je bila Si Ketua Penipu tu jadi MB Selangor. Tak de apa yang boleh halang dia. Jadi, tak payah la diorang nak bising sangat!!! Setakat kecam je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa!!!
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menonjolkan ketokohannya di Selangor tanpa menjadi Menteri Besar baru, kata Dewan Pemuda PAS dalam teguran terbaru mengenai kemelut jawatan tertinggi di negeri itu. 

"Kalaulah berlaku kemenangan kepada Anwar di DUN Kajang, tak jadi menteri besar sekali pun dia cukup kuat untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri Selangor," kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Mohd Nasaie Ismail. 

Beliau berkata pengalaman luas Anwar semasa menjadi timbalan perdana menteri akan membolehkan beliau memberi sumbangan berharga kepada Pakatan Rakyat, walaupun sebagai ADUN. 

"Jadi dia duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai wakil rakyat, itu pun sebenarnya boleh memberi kredit yang besar kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat, kata Mohd Nasaie. 

Mohd Nasaie berkata berpandukan semangat setiakawan Pakatan Rakyat, Pemuda PAS akan menolong PKR untuk mempertahankan kerusi itu namun sokongan itu. 

Bagaimanapun buat masa ini,  sokongan itu tidak  dipanjangkan kepada usaha Anwar untuk menjadi Menteri Besar. 

3 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    PAS mana berani nak tegur atau bantah kata-kata dan perbuatan Anwar.
    Fatwa-fatwa Pas hanya untuk Melayu UMNO ajer...
    Lain dari UMNO mana Pas berani tegur....
    Pas akan rasa puas hati jika negara ini hancur lebur dan kuasa pemerintahannya berada di tangan Cina....
    Biar puas hati.... Itulah sikap mereka selama ini.
    Cina nak ambil negara ni, ambillah, asalkan jangan UMNO yg berkuasa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dari dulu hingga sekarang. apakah hukumnya berkawan de gan orang yg terang terang menghina islam. tgna tolong bagi fatwa

      Padam
  2. org yg akhlak di ragui nak dipilih..pergi jahanam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.