Halaman

Sabtu, Februari 22, 2014

GEMPAK!!! AHLI UMNO KELUAR PARTI RAMAI - RAMAI MALAM NI!!!


Agak-agak berapa ramai yang nak keluar parti malam ni? 100? 200? 300? Sebab apa diorang nak keluar parti? Adakah ianya atas dasar kepentingan rakyat atau sekadar kepentingan diri sendiri? Cer citer... Cer citer...

Al-Kisah seorang blogger Pro Pakatan Haramjadah cuba nak mencetuskan kontroversi akhirnya terkantoi jugak buat fitnah. Kalau baca tajuk, memang nak gempak sokmo dia ni.

Kiranya artikel yang dia buat tu PANAS memanjang. Jangan penyudahnya nanti dia pulak yang PANAS dalam kubur sudah la. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna. Nak mintak maaf, apatah lagi.

Dua tiga hari lepas, ada la blogger Pro Pakatan Haramjadah tu buat cerita kononnya Bekas ADUN Luit nak keluar parti bersama - sama dengan para pengikut dia malam ni di Maran.

Katanya, Bekas ADUN Luit tu bertindak sedemikian sebab kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti terutama dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang kerana tidak dicalonkan dalam PRU yang lalu.

Kat situ je kita dah boleh tau yang blog tu sekadar mereka - reka cerita tanpa merujuk kepada sumber yang sah. Sebab semua orang tau hubungan baik diantara Bekas ADUN Luit tu dengan MB Pahang selaku Pengerusi Badan Perhubungan.

Tak cukup dengan itu, blog tersebut juga turut mengaitkan nama ADUN Luit yang baru dalam isu tu untuk menghangatkan lagi keadaan. Cuma yang kantoinya, blog tersebut merujuk kepada 'Jurucakap' ADUN Luit tu sahaja.

Kata 'Jurucakap' ADUN Luit tu, dia tak heran sekiranya Bekas ADUN Luit tu nak keluar parti. Cara penyampaian yang dibuat oleh blog tu jelas nak menuduh ADUN Luit tu yang keluarkan kenyataan.

Awal pagi tadi, dia dah mula ubah tajuk artikel dia. Dia kata bukan Bekas ADUN Luit tu yang nak keluar UMNO. Sebaliknya kata dia, penyokong tegar Bekas ADUN tu yang keluar parti. Pulak dah!!!

Hakikatnya, cerita pasal orang keluar masuk parti ni dah tak jadi satu berita gempak sangat. Bukannya isu PANAS seperti mana yang dinyatakan oleh blogger tu. Ianya hanya cerita 'Biasa'. Dah lali dah orang dengar cerita macam tu.

Memang kebanyakkan orang di Malaysia ni jenis tak faham pada maksud perjuangan Politik. Diorang ni kebanyakkannya tak menyokong institusi. Diorang hanya menyokong individu tertentu sahaja dalam Politik.

Selagi individu tu boleh bagi diorang keuntungan dalam kehidupan, maka diorang akan terus menyokong parti Politik tu. Sebaliknya, kalau individu tu dah tak mampu, maka diorang pun akan keluar dari parti.

Itu memang dah jadi kebiasaan dalam Politik di Malaysia. Pemahaman terhadap perjuangan parti tu sendiri kurang. Tak kira la diorang dari parti mana sekali pun. Semuanya sama je. Berjuang demi kepentingan diri sendiri, bukannya untuk rakyat!!!

2 ulasan:

  1. TURUN TEMURUN KAKI PENIPU PUAK PERUT HIJAU NI.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum wmt,
    Jangan hairankan puak-puak 'kecewa' tu merapu, merepek dan meraban.
    Sepesis mereka dah macam tu.
    Mereka dah tentu ikut idola mereka yang selepas PRU 12 dulu pernah menabur fitnah bahawa dia akan jadi PM kerana beberapa orang MP BN akan join dia dan tinggalkan BN beramai-ramai.
    Ingat lagikah kalian dgn 'Persitiwa 16 September?
    Kalau ingat, jangan hairanlah dgn berita merapu pencacai-pencacai PR dan RBA tajaan DAP tu.
    Mereka sedang gelabah dgn apa yg sedang dan akan berlaku di PRK Kajang.
    Bila boss dah meracau, anak buah meroyan ler jawabnya....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.