Halaman

Ahad, Februari 23, 2014

HAJAT MAK JAN NI NAK KAHWIN DI BALI!!!


Aktres Nora Danish tidak mementingkan soal barang hantaran untuk hari perkahwinannya, sebaliknya dia mahu melaksanakan yang wajib sahaja iaitu cukup dengan acara akad nikah. 

Kemudian beliau berhasrat mengadakan sebuah majlis secara sederhana untuk meraikan hari bahagianya itu di sebuah pulau di luar negara. 

“Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. 

"Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.

“Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala ‘beach wedding’. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. 

"Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap”, kata Nora Danish yang mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Empunya nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 31, ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang menyebut, dia kononnya sudah membeli barang-barang hantaran. 

Sekaligus membuat persiapan sedikit demi sedikit untuk mengahwini teman lelakinya, Nedim Nazri, dalam tahun ini.

Menafikan hal tersebut, Nora berkata dia tidak membuat sebarang persiapan untuk perkahwinan termasuklah membeli barang-barang hantaran seperti yang didakwa.

“Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan.

“Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain. 

"Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memanglah kahwin ni satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya”, tuturnya.

3 ulasan:

  1. KALAU ARTIS ARTIS MELAYU MALAYSIA BERULANG KALI KAHWIN CERAI..KAHWIN CERAI..SUDAH TENTU ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN ORANG SEBIGINI. TAK MUNGKIN SEMUA LELAKI YANG DIKAHWINNYA YANG TAK BETUL ATAU TAK MUNGKIN SEMUA WANITA YANG DI KAHWIN NYA TAK BETUL. ARTIS ARTIS SEBIGINI PATUT MUHASABAH DIRI SENDIRI. SALAH SATU SEBAB MUNGKIN TERLALU KEJAR DUNIA GLAMOUR. YANG SEDIHNYA BILA TUA TAGIH SIMPATI MASYARAKAT, MASA POPULAR TAK KENAL ORANG SEKELILING, DIA SAJA YANG HEBAT. BOROS MACAM DIA SORANG ADA WANG SAMPAI TAK ADA SIMPANAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. (pendapat peribadi) skop industri.. bila sebagai artis perempuan (Diva kebanyakannya) yg tahu ape yg dia sukA dan apa yg dia tak suka.. jd .. dia ada ego...
      kawin pulak dgn lelaki yg mmg memiliki ego... so umpama buku dgn ruas..
      solusi yg aku nmpak ialah :
      "toleransi" merupakan elemen yg penting sekali bila duduk "sebumbung" tidak kira apa situasi: Suami isrtri, ibu bapa dan anak, even sehabat-sahabat..

      Padam
  2. Saya hairan macamana orang Islam boleh suka pergi ke Bali dan boleh pula berkata yang makanannya sedap.

    Dah le kat sana kebanyakan penduduknya Hindu, nak cari makanan halal bukannya senang. Nak cari masjid nak solat pun susah.

    Makanan apa laa yang sedap tu gamaknya ya,,,?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.