Entah apa lagi yang PAS nak buat setelah pihak UMCEDEL mendedahkan hasil kajian mereka mengenai kedudukan kerusi Menteri Besar Selangor tu. Apa pulak pandangan mereka nanti?
Jika sebelum ini, kita dah banyak kali membaca dan mendengar kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS Selangor berhubung isu tersebut. Semuanya mempunyai pendirian yang sama.
Mereka menyatakan bahawa PAS hanya menyokong PKR dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang TETAPI tidak sama sekali menyokong Si Ketua Penipu tu merampas kerusi Menteri Besar Selangor tu dari Khalid Ibrahim.
Namun kajian yang didedahkan oleh UMCEDEL menjelaskan bahawa penduduk di Kajang secara majoritinya mahu Si Ketua Penipu tu dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
"Kita telah bertanyakan responden kita adakah PRK Kajang wajar diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor."Kita dapati rakyat yang juga pengundi Kajang menyatakan Ya tidak kira sama ada Melayu, Cina atau pun India. Ini jelas yang tidak mahukan Anwar menjadi pemerintah di negeri itu bukan pengundi di Kajang," katanya pada sidang media, hari ini.
Nah!!! Sekarang wujud satu persoalan. Apa pulak pandangan PAS mengenai hasil pendedahan yang dibuat oleh pihak UMCEDEL ni? Adakah mereka pun akan turut bersetuju?
Atau adakah mereka juga turut akan mempertikaikan hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak UMCEDEL terhadap kurang dari 20 peratus orang penduduk di Kajang ni selama dua hari berturut - turut?
Jika difikirkan dari sudut rasional, adakah ianya logik untuk diterima akal sekiranya Kajang menjadi penentu bagi perubahan kedudukan kerusi Menteri Besar Selangor tu dimasa akan datang?
Jelas sekiranya dilihat dari satu sudut, kemungkinan tindakan yang dibuat oleh UMCEDEL ni adalah untuk mendesak PAS supaya menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat di Kajang. Maka PAS perlu membuat pemilihan mereka sendiri. Adakah mereka masih bermaruah atau sekadar jadi Pak Angguk Saja kepada PKR!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.