Halaman

Sabtu, Februari 01, 2014

KENAPA KHALID TAK BAGI PSM BERTANDING???


Heran betul la tengok perangai Si Khalid ni. Kalau sekali pandang nampak sangat dia ni macam orang yang hilang akal. Bila dua kali pandang, nampak macam orang MUNAFIK pun ada jugak.

Kenapa pulak dia tiba - tiba je tak nak bagi geng - geng PSM tu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ni? Apa pulak hak dia nak halang parti tu dari bertanding dikawasan tersebut?

Dia tu ahli parti mana sebenarnya? Dia ada hak ke nak halang orang tak tentu arah macam tu? Kot kalau dia ada jawatan dalam parti PSM tu tahan jugak. Ini tak de kaitan lansung dengan dia.

Bukan ke selama hari ini puak - puak Pakatan Haramjadah tu dok sibuk memperjuangkan Kebebasan Hak Asasi Manusia? Jadi, apa pasal pulak Khalid nak halang kebebasan PSM?

Biar lantak la kalau diorang nak bertanding sekali pun. Apa pasal pulak yang Si Khalid tu sesak tak tentu arah? Dia takut PKR kalah ke kalau mereka membenarkan PSM bertanding?

Yang paling kita herannya, dulu Si Khalid ni beria - ia sangat membela nasib calon PSM yang bertanding di Kota Damansara bawah tiket PKR. Kenapa sekarang dia buat sebaliknya?

Masa tu, dia mati - matian cuba nak menegakkan benang yang basah dan menyalah orang lain kerana mengakibatkan kekalahan PKR di DUN Kota Damansara.

Sampai tahap, dia sanggup tuduh orang PAS sendiri yang sengaja mencipta cerita dongeng dan membuat dakwaan terhadap calon PSM tu sendiri. Takkan dia dah lupa semua tu kot?

Nampak sangat la yang Si Khalid ni sebenarnya bukan la seorang ahli PAS yang tegar sebab jiwa dia bukan jiwa PAS. Jiwa Si Khalid ni sebenarnya jiwa PKR. Sebab itu dia tak de roh perjuangan PAS dalam diri dia.

Kot kalau dia sesak sangat nak menyokong PKR dan sanggup buat apa saja demi kepentingan mereka, baik dia masuk PKR je. Yang dia sibuk nak menyemak kat dalam PAS pasal apa? Buat jahanam perjuangan je kerjanya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.