Ketua PKR Cabang Baling, Telah mengumumkan keluar parti padang Sidang media yang di lakukan di kediamanya Taman Sri Puteri, Kuala Ketil Baling Kedah.
Pada 09/2/2014 LIM CHONG ANN berbuat demikian kerana didakwa setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap kepimpinan PKR Pusat.
Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang - Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing - masing cuba menghidupkan parti.
Pimpinan Pusat hanya mengutamakan KRONI dan sangat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang bersusah payah berhabis wang ringgit semasa PRU 13, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan malahan tiada peruntukan yang diberikan oleh PKR Pusat.
Lim Chong Ann juga turut mendehdahkan bahawa PKR mengamalkan kroni dalam Pembahagian anugerahan pingat kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pemimpin tertinggi dan kroni-kroni yang tidak membantu kepada parti mahupun rakyat.
Pada Sidang akhbar tersebut Lim Chong Ann hanya keseorangan tanpa ditemani oleh mana ahli parti Cabang Baling. Beliau memaklumkan telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling dan keluar dari Parti berkuatkuasa pada 3/2/2014 dan turut menghantar pimpinan PKR Negeri Kedah pada 5/2/2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.