Kalau sebelum ini, Si Ketua Penipu tu ada keluarkan satu kenyataan yang mendapat perhatian rakyat Malaysia mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor tu.
Kenyataan yang disiarkan dalam akhbar tempatan tu turut menjadi tumpuan dalam laman media sosial dan dijadikan bahan bualan dikalangan rakyat seluruh Negara.
Katanya, Si Ketua Penipu tu secara tak sedar memberikan kemungkinan bahawa dia memang akan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRK Kajang.
Dengan terbitnya kenyataan sedemikian, maka makin bising la puak - puak PAS tu marah terhadap tindakan Si Ketua Penipu tu yang dianggap sebagai membelakangkan mereka.
PAS meluahkan rasa kurang senang sejak ADUN Kajang yang Sengal tu letak jawatan dan membuatkan kerusi DUN Kajang kosong tanpa sebarang sebab musabab yang sah.
Bagi PAS, tindakan sedemikan jelas merupakan satu pengkhianatan dan penghinaan terhadap penduduk serta pengundi di kawasan Kajang tu sendiri.
Tambah memburukkan lagi keadaan ialah apabila timbul polemik yang turut dikaitkan dengan jawatan MB Selangor bakal berubah selepas Pilihan Raya Kecil itu diadakan nanti.
Jadi, tak heran la kalau PAS nak meroyan sekiranya Si Ketua Penipu tu dilihat seolah - olah membuat kenyataan terbuka bahawa perkara tersebut akan tetap menjadi kenyataan.
Tapi, jangan la puak - puak Parti Angguk Saja tu risau sangat dengan kenyataan Si Ketua Penipu tu. Dah memang sifat semula jadi Si Ketua Penipu tu suka berangan disiang hari.
Dia memang suka Gila Bayang tak tentu arah. Dalam erti kata lainnya, Si Ketua Penipu tu memang GILA pun. Macam - macam GILA dia ada. Jadi, Gila Bayang ni pun termasuk la dari sebahagian keGILAan Si Ketua Penipu tu jugak!!!
SHAH ALAM 12 Feb - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan desas-desus bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan tempatnya sebagai sekadar bayangan.Desas-desus Anwar akan menjadi Menteri Besar Selangor dan meletakkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai penasihat ekonomi adalah sekadar bayangan.Abdul Khalid memberitahu para wartawan supaya menulis berita dengan menggunakan perkataan 'bayangan' berhubung khabar angin itu."Saudara tulis sebagai bayangan sahajalah," katanya kepada pemberita sambil disambut dengan gelak tawa pegawai-pegawainya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.