Halaman

Khamis, Februari 27, 2014

LAGI PENDEDAHAN YANG MEMALUKAN!!!


Pada tahun 2010, kerajaan PKR negeri Selangor mendakwa projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) tidak perlu disegerakan dengan alasan bekalan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan pusat yang mendahulukan projek loji rawatan itu seolah-olah ia amat penting dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan air di Selangor - Bernama
Sungguh memalukan kerana pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PKR negeri selepas Pilihan Raya 2008 apabila pakatan pembangkang menewaskan BN di Selangor.

Walau pun dihentikan, kerajaan BN persekutuan tetap mahu meneruskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 memandangkan kepentingan projek tersebut kepada rakyat Selangor. Inilah salah satu keprihatinan kerajaan BN Persekutuan terhadap rakyat yang disering dinafikan.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos 2013, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

Tetapi akhirnya, hari ini kerajaan PKR negeri Selangor terpaksa membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk membantu mereka mengatasi masaalah air yang sering berlaku di negeri itu.

Realitinya, segalanya sudah dirancang dengan elok oleh BN :
Penangguhan pembinaan loji berkenaan dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menyebabkan keperluan menambah kapasiti air terawat menjelang 2014 tak dapat dipenuhi.

Akibatnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. 

Pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah opsyen terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial supaya pengguna di tiga kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga 2020. (Klik untuk pendedahan seterusnya)
PS: Kesimpulannya mudah je. Puak - puak Pakatan Haramjadah ni mana nak mengaku kata Kerajaan Barisan Nasional ni memang cekap menguruskan pentadbiran Negara.

Sekarang, diorang terpaksa la tebalkan muka yang tak tau malu tu dan terpaksa jilat ludah yang pernah diorang sendiri luahkan dulu.

Lebih kurang sama jugak la dengan BR1M. Dulu diorang jugak yang buat tuduhan kata BR1M tu HARAM dan sebagainya. Sekarang, diorang jugak yang rembat duit tu dulu!!! Bila beratur, diorang la yang paling depan sekali!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.