Halaman

Khamis, Februari 13, 2014

MIKE TYSON BAKAL DISERAP MASUK REJIM SELANGOR???


‪Pengumuman Anwar semalam di hadapan hard-core PKR supporters, bahawa dia bersiap sedia untuk membawa kembali Tan Sri Muhammad Hj Muhammad Taib ke dalam pentadbiran negeri Selangor memang memeranjatkan ramai ahli PKR.‬ ‪Ada beberapa sebab kalangan yang hadir terperanjat:-‬

‪i) Mat 'Tyson' Taib tidak memegang pengaruh politik seperti dahulu. Gerakannya nampak lembab dan tidak bermaya. Tidak membawa kelebihan kepada PKR.‬

‪ii) Mat 'Tyson' Taib tidak membawa imej yang baik kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Semua orang tahu dengan kes Mat Taib di Brisbane Australia.‬

‪iii) Apakah wujud keperluan Anwar nak checkmate Pas dalam keadaan dia memerlukan sokongan parti islam tersebut di Kajang?‬

‪iv) Apakah tidak cukup masalah yang ada dalam PKR pada ketika ini. Membawa masuk Mat Taib hanya akan mendatangkan masalah kepada parti.‬

‪Di dalam mesyuarat kecil dan strategik, satu gerakan dipanggil sebagai 'neo-UMNO' sedang berlaku di dalam parti tersebut. Entah mengapa,

Anwar ada menekankan tentang keperluan PKR lebih terbuka dengan UMNO, dan tidak menganggap UMNO sebagai musuh seumur hidup.‬

‪Di dalam usaha mencapai kemajuan politik, pesan Anwar, adakalanya kita memerlukan pengorbanan. Anwar sendiri menceritakan bagaimana dia membuat pengorbanan dengan melangkah tubuh tidak bermaya ABIM, dan memeluk erat tubuh UMNO. Itu satu pengorbanan kata Anwar.‬

‪Anwar selalu bercakap tentang wujudnya kumpulan-kumpulan kecil yang boleh dijadikan jambatan hubung antara PKR dan UMNO. Jambatan ini sangat kukuh kata Anwar. Jambatan ini menunggu saat dan ketikanya untuk usaha pembugaran politik berlaku.‬

‪Samada ini jalan baru politik Anwar, kita tak dapat pastikan.‬ ‪Apa yang pasti, Anwar mahu PKR lebih mesra dengan beberapa orang pemimpin kanan UMNO yang dirasakan boleh menjadi jambatan kepada mereka meneroka jalan politik baru.‬

‪Ramai yang menganggap, game ini adalah game Anwar memastikan Nurul Izzah masih punya tempat, dalam apa sahaja keadaan politik yang mungkin ada.‬

‪Jika Mat Taib menyertai PKR, ianya satu lagi petanda kecil bahawa ada usaha political deal yang akan berlaku di Selangor, mahupun di Putrajaya. Kita tidak tahu deal ini bentuknya bagaimana, tetapi akan ada perubahan.‬

‪Neo-UMNO ini masih lagi kumpulan kecil, tetapi sudah dibisikkan untuk tidak menyerang beberapa sosok tubuh pemimpin UMNO yang dirasakan sangat penting dan strategik.‬ ‪Tak tahu ke mana jalannya...tapi elok kita sama-sama perhati dan meneliti.‬ - GelagatAnwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.