Halaman

Jumaat, Februari 07, 2014

MISTERI PENGHANTAR SURAT TERBONGKAR!!!


Heh!!! Dah agak dah. Macam biasa, puak - puak Pakatan Haramjadah tu pasti akan tuduh UMNO jugak yang buat kerja ni. Pasti diorang akan dakwa UMNO ada kaitan.

Walhal yang hantar surat tu pun bukan orang lain. Tapi dari kalangan penyokong - penyokong diorang sendiri jugak yang buat kerja Haramjadah tu. Kenapa diorang nak tuduh UMNO pulak?

Orang yang hantar surat berkaitan dengan perletakkan jawatan ADUN Hutan Melintang tu katanya turut merupakan penyokong tegar Parti Kecohkan Rakyat tu sendiri.

Kata dia, surat tu dia dapat masa dia menghadiri satu program Politik di Kajang baru - baru ni. Program apa yang dia sertai kalau bukan program Pakatan Haramjadah tu ye tak.

Jarang puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak sertai program Politik anjuran UMNO atau pun Barisan Nasional. Haram kata diorang kalau turut serta dalam program anjuran UMNO ni.

Lagi pun, yang dok sibuk berkempen kat Kajang tu bukannya orang lain. Puak - puak Pakatan Haramjadah tu je yang tengah rancak berkempen kat situ. Diorang je yang teruja nak terus menipu rakyat di Kajang.

Malah, lelaki berkenaan jugak dikatakan turut menerima sejumlah wang dari orang yang tidak dikenali bagi tujuan untuk dia menghantarkan surat tersebut ke Pejabat DUN.

Nah!!! Sekarang apa lagi alasan yang diorang nak berikan? Apa lagi cerita yang diorang nak jaja pada orang? Yang terang lagi diorang nak suluh, apa kejadahnya? Kalau setakat pandai nak menuduh orang je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
IPOH: Misteri penghantar surat palsu mengenai pengumuman keluar parti ADUN Hutan Melintang dari PKR, S. Kesavan terjawab selepas seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun mengaku menyerahkan surat tersebut.

Warga emas yang dikatakan aktivis PKR itu tampil memberi kenyataan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam.

Warga emas yang menetap di Seri Kembangan itu dikatakan telah diupah untuk menyerahkan surat tersebut ke pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika menghadiri satu program politik di Kajang.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya masih lagi berusaha untuk mengenal pasti seorang lagi yang dikatakan menyerahkan surat tersebut pada lelaki terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.