Halaman

Khamis, Februari 13, 2014

PENING KAK WAN OMEGA, BAKAL DITENDANG PKR!!!


Heh!!! Kesian pulak tengok Kak Wan Omega ni bakal ditendang keluar dari jawatankuasa PKR Pusat tu nanti. Nampak sangat diorang tak menghargai lansung pengorbanan Kak Wan.

Tapi semuanya dibuat kerana terpaksa. Dulu Kak Wan terpaksa tanggung penghinaan yang dibuat oleh suami dia sendiri bila suami dia tu didakwa terlibat dalam kes liwat.

Kemudian, Kak Wan terpaksa pulak pikul beban dan jadi wakil rakyat bagi Parlimen Permatang Pauh sepanjang suami dia meringkuk dalam penjara Kajang.

Tak cukup dengan itu, Kak Wan jugak terpaksa melupakan hasrat dia untuk jadi Menteri Besar Wanita Pertama Malaysia bila suami dia tak bagi dia bertanding di DUN Selangor.

Sekarang, Kak Wan Omega sekali lagi dipaksa untuk berundur dari jawatan Presiden untuk memberikan laluan kepada nafsu besar suami dia sendiri dalam pemilihan nanti.

Mungkin semua ni salah Kak Wan Omega tu sendiri. Mungkin sebab Kak Wan yang tak pandai nak 'coverline' pasal isu jam Omega tempoh hari. Mungkin sebab itulah Kak Wan akan ditendang dalam pemilihan yang akan datang!!! Nasib la dapat laki kuat nafsu!!!
PETALING JAYA: Semua jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu Mei depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul bagaimanapun berkata, calon bagi jawatan tertinggi (Presiden) hanya akan diketahui pada hari penamaan nanti.

"Jawatan itu sudah tentu ada untuk dipertandingkan. Sama ada terdapat orang bertanding atau tidak ia diluar kawalan jawatankuasa pemilihan parti.

"Ini bermakna jawatan ini tetap ada untuk dipertandingkan. Siapa yang akan bertanding itu terpulang sampai hari penamaan calon," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan merebut jawatan tersebut yang disandang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.