Halaman

Ahad, Februari 23, 2014

PONDAN SUNGGUH PENGURUSI ANAK NI RUPANYA!!!


Rasanya, Pondan pun tak sepondan macam Si Mazlan ni. Pondan pun tau sedar diri bila kehadiran dia tak dihargai. Pun diorang masih lagi ada maruah dan bawak diri. Tak de la macam Si Mazlan ni.

Dia masih lagi tak sedar yang Sarawak memiliki kuasa autonomi mereka sendiri dimana ketetapan boleh dibuat oleh mereka. Dia masih tak sedar yang kehadiran dia tak diingini. Tu pasal la dia kena halau.

Lagi pun, Si Mazlan tu nak ke Sarawak untuk apa? Dia nak memperjuangkan apa kat Sarawak tu sedangkan di Semenanjung ni pun dia tak dapat tarik perhatian orang ramai.

Jangan cerita la pasal orang kebanyakkan. Yang jadi Peneroka pun entah berapa kerat je yang kena tipu dengan dia. Pun dia masih ada hati nak menghasut orang di Sarawak? Mimpi je la!!!

Hakikatnya, Si Mazlan ni perlu sedar dengan diri dia sendiri. Dia perlu tau yang orang di Sarawak tak suka dengan perangai Haramjadah terutama dari kalangan puak - puak Pakatan tu. Jadi, jangan la dia nak merengek macam pondan untuk meraih simpati!!!
SHAH ALAM - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda  Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendakwa dirinya sekali lagi dihalang memasuki Sarawak yang berpunca daripada satu program yang akan dianjurkan Pas di negeri itu, esok.

Menurutnya, proses halangan itu adalah bersifat sementara dan mempunyai kaitan dengan program yang akan diadakan di negeri itu sekaligus turut dihadiri Presiden Pas, Datuk seri Abdul Hadi Awang.

"Saya ditahan oleh pihak imigresen setibanya di Lapangan terbang Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasannya, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang bagi arahan.

"Saya yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang dirasmikan, Presiden Pas di Beting Maro, esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tambahnya, perkara itu memberi kejutan kepadanya yang didakwa bercanggah dengan rekod yang disemak berhubung status aktif halangan masuk ke negeri itu.

"Saya telah meminta rakan saya sebelum ini untuk melakukan semakan. Adakah nama saya masih disenarai aktif dalam halangan masuk ke negeri itu.

"Kawan saya memberitahu saya awal tahun ini di mana saya juga mempunyai satu program di Miri namun saya tidak dapat menghadirkan diri, nama saya sudah tidak aktif dalam senarai itu. Oleh kerana itu,  saya berani pergi ke sana, hari ini.

"Namun apabila sampai di sana, pengawal imigresen menghalang saya dan memberitahu nama saya masih aktif dalam senarai itu," katanya.

1 ulasan:

  1. Tukar pengerusi SGMM tindakan melampau - Zaid

    Tindakan Kementerian Pendidikan menukar Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta merta adalah suatu keputusan yang tidak bijak.

    Perbuatan seperti itu tidak akan sekali-kali menakutkan guru yang bersuara menentang dasar tidak betul kementerian, sebaliknya memberikan lagi semangat kepada semua guru untuk bersatu dan membenci kerajaan.

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau terkejut dengan perkembangan terbaru dihadapi pengerusi penaja SGMM yang bangkit membantah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

    Katanya, beberapa kelompok guru datang mengadu dan meminta membantu mereka untuk menyampaikan suara tidak puas hati guru kepada Kementerian Pendidikan dan beliau sedang mengumpul beberapa maklumat sebelum ke Putrajaya.

    “Bagaimanapun, hari ini saya dapat tahu Mohd Nor Izzat sudah dipindah ke sekolah lain berkuatkuasa serta merta. Khabarnya jauh dari daerah kediamannya. Kenapa kementerian sanggup menganiayai guru sedemikian rupa.

    “Mereka bukan menentang kerajaan dan tidak ada bukti mereka membenci kerajaan. Apa yang saya tahu dan dimaklumkan ialah mereka hanya membantah sistem PBS. Mereka mahu kementerian memansuhkan PBS serta merta.

    “Tetapi kalau membantah dan menyuarakan rasa tidak puas hati pun sudah dikenakan tindakan terhadap guru berkenaan. Apa yang saya mahu katakan…kerajaan sangat zalim,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

    Semalam, Mohd Nor Izzat memberitahu, beliau menerima surat pertukaran ssekolah daripada kementerian itu yang berkuatkuasa serta merta.

    Bagaimanapun, katanya, tindakan itu sedikit pun tidak menakutkannya kerana ratusan guru di seluruh negara berada bersamanya membantah sistem PBS demi masa depan pelajar dan guru.

    Menurut Zaid, beliau melihat perbuatan kementerian ini sebagai terburu-buru dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

    Katanya, beliau khuatir tindakan yang dikenakan ke atas Mohd Nor Izzat itu akan menimbulkan kebencian guru kepada kerajaan sebagaimana berlaku pada 1999 yang menyaksikan ribuan kakitangan awam termasuk guru bersikap anti kerajaan.

    “Pada saya Himpunan 222 yang dianjurkan SGMM petang tadi langsung tidak berbaur politik, tetapi pihak Kementerian Pendidikan iaitu Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang cuba mempolitikkan isu ini,” katanya.

    Mengulas lanjut mengenai PBS yang dikatakan sedang dalam peringkat kajian, menurut Zaid, berdasarkan maklum balas daripada pihak berkenaan, orang atasan di kementerian menjadikan isu ‘server’ (pelayar) yang lambat sebagai satu-satunya kelemahan sistem PBS.

    Oleh itu, kata beliau, pihak berkenaan kononnya cuba memperbaiki ‘server’ berkenaan, tetapi sungguhpun begitu, jika ‘server’ laju sekalipun, itu belum cukup untuk melaksanakan sistem PBS kerana sistem pentaksiran itu sendiri yang bermasalah.

    “Saya juga dimaklumkan oleh guru berkenaan, yang mereka terpaksa membina soalan PBS dan menanda skrip soalan dalam kapasiti yang banyak sehingga kadang-kadang melebihi 100 skrip soalan satu hari untuk satu-satu subjek.

    “Ini sudah melampau dan Kementerian Pendidikan wajar mengkajinya semula, bukan menabur janji mahu mengkaji, sebaliknya kajian itu tidak dibuat,” katanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.