Kemungkinan besar, Si Sam Ketot ni mesti tengah lalok bila dia keluarkan kenyataan dibawah ni. Maka, tak boleh la kita nak salahkan dia jika dia buat pengakuan tu tanpa sedar.
Semalam, Si Sam Ketot tu cuba nak jadi Hero dan mempertikaikan tindakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Kajang.
Kata Si Sam Ketot tu, pihak SPR ni tak peka dengan keadaan semasa sehingga mampu menyebabkan pertindihan dalam jadual Si Ketua Penipu tu sendiri.
"AMK pertikai kenapa SPR seolah-olah sengaja menetapkan tarikh yang sama. Ia akan menyukarkan calon Dun Kajang yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang pada kebiasaannya akan berucap pada hari kedua dewan rakyat," katanya hari ini.
Dengan hanya menggunakan alasan tersebut, Si Sam Ketot tu mula la nak menyalahkan UMNO dan menyifatkan perkara tu sebagai 'Taktik Lapuk' yang dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu.
Heh! Nampak sangat la Si Sam Ketot tu memang sengaja nak memalukan Si Ketua Penipu tu didepan khalayak ramai. Paling tidak pun dia hanya memalukan diri dia sendiri.
Kalau diorang dah tau yang Si Ketua Penipu tu banyak komitmen lain dalam jadual kehidupan dia sehari - harian, buat apa diorang masih nak Si Ketua Penipu tu bertanding?
Tu baru satu contoh kesibukkan dalam kehidupan seharian Si Ketua Penipu tu. Belum cerita lagi pasal komitmen lain yang perlu dia penuhi. Memang tak terkejar dia dibuatnya.
Sedangkan kes dia di mahkamah tu pun asyik tertangguh - tangguh banyak kali. Dah lebih 5 tahun, sampai hari ni masih tak selesai - selesai lagi. Semuanya sebab Si Ketua Penipu tu 'Terlalu Sibuk'.
Cuma bukan la dia sibuk sebab kerja dia menjaga rakyat terlalu banyak. Sebaliknya, dia 'Terlalu Sibuk' mencari alasan untuk menangguhkan kes dia tu di mahkamah.
Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu jugak yang kata dia sanggup pikul amanah untuk menjaga rakyat di Kajang dalam cara apa sekali pun. Jadi, yang Si Sam Ketot tu nak mengarut tak tentu arah kenapa?
Kalau setakat itu pun Si Ketua Penipu tu tak boleh nak bahagikan masa dia, memang dia tak layak untuk jadi ADUN di Kajang. Penyudahnya nanti, terbiar la rakyat Kajang tu dibuatnya. Kalau dah tau jadual dia padat, tak payah la berangan nak jadi ADUN!!! Buat menyusahkan orang je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.