Halaman

Rabu, Februari 26, 2014

SAMAN RM 2JUTA, PKR CUBA NAK 'KAWTIM'!!!


Entah apa la yang diorang nak cuba buat ni gamaknya. Hanya sekadar nak tutup pekung yang dah terdedah sebelum ni? Dah terlambat beb!!! Tak mendatangkan faedah.

Buat la apa cara sekalipun, yang pasti perkara tu dah berlaku. Orang tua - tua kata, 'Nasi Dah Jadi Bubur'. Tak guna dah diorang nak cerita banyak sangat pun. Setakat memalukan je.

Jelas, tindakan 'Populis' yang cuba dilakukan oleh Pengarah Komunikasi PKR ni GAGAL meyakinkan rakyat terhadap niat sebenar mereka kepada PAS dan Hadi Awang.

Kalau betul diorang serius nak tangani isu berkaitan dengan kes saman fitnah terhadap Presiden PAS ni, dah lama dah diorang ambik tindakan. Sepatutnya, sebelum kes tu masuk mahkamah diorang dah mula.

Tapi kenapa pulak bila keputusan dah dibuat baru diorang nak bertindak? Kan nampak sangat diorang memang ada udang disebalik batu. Kemungkinan besar, memang itu yang diorang nak.

Sebelum kes tu masuk mahkamah, PKR mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menghalangnya. Diorang bukan setakat boleh desak supaya calon PKR tu tarik balik saman tersebut.

Malah diorang juga boleh menggugurkan keahlian calon PKR tu dan membuang dia dari menjadi ahli parti. Tapi kenapa diorang tak buat semua tu? Kenapa diorang masih jugak nak simpan dia?

Dari satu sudut, orang akan buat dakwaan kononnya calon PKR yang kea fitnah tu hanya dijadikan sebagai 'Kambing Hitam' supaya PKR mempunyai ruang untuk ugut PAS.

Dan sekarang, peluang tu dah ada depan mata. Terpulang pada diorang la nak memanipulasikan keadaan dalam apa kaedah sekali pun. Termasuk la mengugut PAS supaya menyokong diorang.

Perkara tu tak mustahil untuk dilakukan. Nak pulak bila gejolak nafsu besar Si Ketua Penipu tu untuk jadi Menteri Besar semakin membuak - buak. Lagi la diorang sedap gunakan peluang ni.

Jadi, tak payah la puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu cuba nak main wayang dengan rakyat di Malaysia ni. Hakikatnya, rakyat Malaysia ni bukannya bodoh sangat sampai begitu mudah untuk ditipu secara terang - terangan. Kalau setakat Mahfuz Bean tu, boleh la diorang nak kencing!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.