Halaman

Khamis, Februari 27, 2014

SEKARANG SIAPA YANG 'GILAKAN JANDA LAMA'!!!


Sudah terang lagi bersuluh. Itu simpulan bahasa yang biasanya digunakan oleh orang tua - tua sejak dari zaman dulu lagi. Benda dah terang, tak payah la nak dipersoalkan lagi.

Jika sebelum ini, Si Siputdin Nasution tu mendesak agar pihak Kerajaan Barisan Nasional membuktikan kesungguhan dalam isu berkaitan dengan Konsensus Nasional ni.

Sekarang, pihak Kerajaan sudah pun membuktikannya dengan meletakkan keperluan rakyat mendahului dari kepentingan yang bersifat kepartian melalui MoU Selangor yang turut ditandatangani oleh Si Khalid Ibrahim tu.

Apa lagi yang PKR mahukan? Adakah mereka akan terus berpolitiking dalam segala isu yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat? Adakah mereka akan terus menyerang Si Khalid Ibrahim tu?

Perlu diingatkan bahawa diantara alasan yang diberikan oleh pimpinan PKR Selangor yang mendesak supaya Si Khalid Ibrahim tu gugur sebagai MB adalah berkaitan dengan isu MoU ni.

Diorang sendiri mendakwa yang Si Khalid ni cuba membelakangkan perjuangan Pakatan Haramjadah tu yang menolak Projek Langat 2 dari diteruskan. Itu janji yang diorang buat dalam PRU yang lalu.

Nah!!! Sekarang siapa yang tak serius dalam usaha untuk mewujudkan Rekonsiliasi Nasional tu? Siapa sebenarnya yang menolak Konsensus Nasional tu dari dipenuhi jika bukan mereka sendiri?

Perlu juga diingatkan bahawa cadangan mengenai usahasama diantara Kerajaan dengan Pakatan Pembangkang ni BUKAN cetusan idea Si Ketua Penipu tu. Dia cuma ciplak hak orang lain.

Yang mula - mula meluahkan cadangan tersebut ialah Barisan Nasional. Tetapi ianya ditolak oleh puak - puak PKR yang hanya memperlekehkan perkara tersebut dengan pelbagai sindiran.

Diorang dakwa kononnya BN ni 'Gilakan Janda Lama'. Itu salah satu dakwaan yang diorang buat sebelum ianya disebut semula oleh Presiden PAS dalam muktamar baru - baru ini.

Presiden PAS dalam ucapannya mencadangkan supaya diwujudkan 'Muzakarah Kebangsaan' dengan pihak Kerajaan bagi menangani masalah - masalah yang berkaitan dengan rakyat.

Dengan adanya cadangan itulah yang membuatkan PKR mula melompat dan jadi tak tentu arah. Diorang melihat cadangan tersebut sebagai salah satu langkah yang mampu memecah belahkan Pakatan.

DAPigs awal -awal lagi dah menolak cadangan 'Muzakarah' tersebut. Mereka mula memandang sinis terhadap puak - puak PAS yang bersungguh - sungguh untuk merealisasikannya.

Pada ketika itulah PKR mula menyebut isu mengenai 'Konsensus Nasional' dan ianya disuarakan oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Sekarang, siapa yang Gilakan Janda Lama? Inilah padahnya bila suka sangat meludah ke langit. Penyudahnya, kena batang hidung sendiri!!!

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.