Halaman

Jumaat, Februari 07, 2014

TERIKUT PERANGAI PAKATAN, DIRI SENDIRI DAPAT PENYAKIT!!!


KUALA LUMPUR - Seorang Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad, didakwa di Mahkamah Tentera di sini atas lima pertuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dan dua pertuduhan melanggar Perintah Tetap Pangkalan berhubung isu dakwat kekal ketika PRU13 tahun lalu.

Zaidi, 47, yang bertugas di Pangkalan Tentera Udara Butterworth mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh Yang Dipertua Mahkamah Tentera, Kolonel Saadon Hasnan, di Pangkalan Udara TUDM di sini, hari ini.

Korum enam panel itu turut disertai Lef Kol Zainurin Mohd Dom; Mejar Khuzairi Mohd Arshad; Mejar Khairul Nizan Taib; Mejar S Nadzeer Sallehuddin; dan Mejar Noor Azman Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Zaidi didakwa melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961 dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak Angkatan Tentera dan Kementerian Pertahanan, di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013.

Dia turut didakwa bagi pertuduhan ketiga kerana menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan dari pihak Majlis Angkatan Tentera.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima pula, dia didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada dan pihak Angkatan Tentera dan Kementerian Pertahanan.

Pertuduhan ketiga hingga kelima didakwa berlaku di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mac 2013.

Sementara itu, Zaidi turut berdepan dua tuduhan menghantar dua khidmat pesanan ringkas berbaur politik atau hasutan, pada 1 Mei 2013 di Pangkalan Udara Butterworth.

Pertuduhan pertama hingga kelima, didakwa mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, manakala pertuduhan keenam dan ketujuh mengikut Seksyen 51 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau mana-mana hukuman yang lebih ringan termasuk dibuang kerja, jika sabit kesalahan menurut Seksyen 89 akta yang sama.

1 ulasan:

  1. Diharap segerakan proses penghakiman dan hokum. Ikut lah undang-undang dan proses dengan adil dan saksama demi keadilan untuk Negara dan rakayat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.