Halaman

Selasa, Februari 18, 2014

WAH!!! MAKIN KAYA LA SI HUSAM TU NANTI!!!


Nampak gayanya, Si Husam ni kaya dengan duit saman je la penyudahnya. Mungkin lepas ni dia boleh guna duit tu untuk bayar saman yang dibuat oleh sebuah syarikat Korea terhadap Rejim PAS Kelantan tu nanti. Jangan pulak dia nak makan sorang!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Isnin memerintahkan The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) membayar ganti rugi RM350,000 kepada naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam kes saman fitnah berhubung isu penyalahgunaan kuasa dan salah urus dalam syarikat Air Kelantan Sdn Bhd.

Hakim, Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NSTP membayar kos sebanyakRM10,000 kepada Husam.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Md Yunus Shariff yang mewakili Husam dan peguam Rishwant Singh yang mewakili NSTP.

Md Yunus memberitahu pemberita mahkamah turut memerintahkan syarikat itu membayar faedah lima peratus kepada Husam bermula dari tarikh saman itu difailkan.

Katanya, mahkamah juga membenarkan penangguhan sementara kepada NSTP untukmembayar ganti rugi tersebut sementara menunggu syarikat itu memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan pada atau sebelum 17 Mac ini.

Pada 12 April tahun lepas, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Husamselaku plaintif selepas beliau berjaya membuktikan tuntutannya.

Pada 31 Januari 2008, Husam memfailkan saman itu bagi menuntut ganti rugi RM6 juta terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga Mohd Adhan Kecik, Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan NSTP selepas dua wakil rakyat itu mendakwa Husam terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah jenayah dalam pentadbiran kerajaan negeri dan menggesa Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.