Halaman

Isnin, Mac 10, 2014

AHLI PARLIMEN TEMERLOH SINDIR, AJAK "ORANG" BERSABAR!!!


Jika sebelum ini, satu status dilaman media sosial milik Ahli Parlimen Temerloh ni dilihat mengecam tindakan beberapa pihak yang mempermainkan isu kehilangan pesawat MH370.

Kebetulan, pada ketika itu, yang paling hangat diperkatakan ialah mengenai tweet yang dihantar oleh Si Nizar Lilin yang jelas mempersendakan isu tersebut.

Kali ini, Si Ahli Parlimen Temerloh ni menghuraikan hadith yang tersiar dalam portal rasmi parti dia. Ianya berkaitan dengan musibah dan ujian yang menimpa.

Bersangka baik, SH anggap huraian tersebut ditujukan kepada keluarga penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat MH370 tu. Mungkin itu tujuan Si Ahli Parlimen Temerloh tu.

TETAPI, jika ianya merujuk kepada keputusan mahkamah rayuan yang mendapati bahawa Si Ketua Penipu tu meliwat, memang dah lari dari maksud sebenar huraian tu.

Kata Si Ahli Parlimen Temerloh tu, musibah menimpa perlu dianggap sebagai satu ujian. Betul dah tu. Maka, kata dia, orang yang ditimpa musibah tu perlu bersabar.
Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.


Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
Nah!!! Sekarang SH nak tanya. Adakah tindakan Si Ketua Penipu tu menunjukkan yang dia sedang bersabar dengan musibah yang menimpa diri dia pada ketika ini?

Kalau kita lihat kepada kenyataan dia yang nak memboikot jamuan DiRaja dan hari kedua persidang Dewan Parlimen, tak menunjukkan yang dia sedang bersabar menghadapi dugaan.

Malah, tindakan puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang merancang untuk buat Himpunan secara besar - besaran juga tidak melambangkan bahawa Si Ketua Penipu tu redha dengan ujian Allah.

Kesimpulannya, huraian Si Ahli Parlimen Temerloh tu boleh dilihat sebagai satu sindiran terhadap tindakan yang dirancang dan dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Nak sindir depan - depan, takut orang lain marah pulak. Tu pasal la dia sindiri sikit - sikit je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.