Memang itulah hakikatnya kita menjadi manusia biasa diatas muka bumi ni. Jika tengahari tadi, kita dedahkan pandangan dari Ahli Parlimen Temerloh mengenai musibah dan ujian.
Kata dia, musibah ni biasanya diberikan untuk menguji sejuah mana kesabaran umat manusia dalam menerima ketentuan Allah S.W.T bagi menghadapi dugaan tersebut.
Sekuat mana pun kita usaha, ketetapannya tetap ditentu oleh Allah S.W.T. Tu sebab orang tua - tua selalu berpesan, manusia punya usaha Allah punya kuasa.
Sejauh mana pun Si Ketua Penipu tu usaha, dia tetap takkan mampu nak atasi ketetapan yang telah ditentukan Allah S.W.T. Biar apa pun usaha yang dia buat, tetap akan GAGAL juga.
Kalau kita tengok rentetan kronologi yang menimpa Si Ketua Penipu tu pun kita boleh jadi sedar diri betapa kerdilnya kita disisi Allah S.W.T. Maka ianya hidayah buat kita.
Si Ketua Penipu tu dah rancang cukup punya rapi agar dia dapat melangkah kaki ke pejabat Perdana Menteri Malaysia, tapi tetap GAGAL jugak kerana pendedahan Si Karpal Whilchar.
Kalau tak kerana Si Karpal Whilchar tu yang pecah lubang, tak de orang pun yang akan tau tabiat buruk dia diluar Parlimen. Orang pun tak sangka dia seorang 'Peliwat'.
Kemudian, pada ketika dia dipecat dan digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dia cuba berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan dengan demonstrasi jalanan.
Pun usaha dia tak berjaya. Kemudian bila dia keluar, dia masih lagi cuba nak tumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. Datang pulak dakwaan dari Si Saiful.
Maka bermula la semula episod hitam dalam kehidupan Si Ketua Penipu tu sendiri. Dia masih juga berusaha untuk tangguh kes tersebut dari hari ke hari.
Berapa banyak kali dia failkan penangguhan kes tersebut? Dah tak terkira dah dibuatnya. Tu semua usaha yang dia cuba lakukan untuk mengelakkan diri dari didakwa.
Bila dia menang kes tu, dia masih jugak tak berhenti dalam usaha nak menundukkan Kerajaan yang dituduh cuba nak mengaitkan dia dengan perlakuan luar tabiie tu.
Tapi dalam masa yang sama, dia tetap jugak buat perancangan untuk menggugurkan Ketua Peguam Pendakwa yang mengendalikan rayuan kes liwat tersebut.
Nah!!! Itu contoh hidayah buat kita. Walaubagaimana hebat sekali pun perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah S.W.T. Maka sebab itu kita perlu redha dengan apa yang ditentukan. Jangan pulak kita rasa diri kita lebih hebat dari ketentuan Yang Maha Esa!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.