Halaman

Ahad, Mac 09, 2014

EDISI TAK MASUK AKAL: NURUL IZZAH GANTI ANWAR???


Melainkan puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu benar - benar nak kalah dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, maka itulah langkah yang diorang akan lakukan.

Dalam kehangatan orang bercerita pasal rayuan kes liwat Si Ketua Penipu tu, terdengar la cerita puak - puak PKR tu bercadang nak menggantikan Si Ketua Penipu tu dengan Nurul.

Bagi sesetengah pihak, cadangan yang dikemukakan tu merupakan satu cadangan yang tak masuk akal. Mana mungkin Si Nurul Izzah tu dapat menandingi kehebatan Papa Kesayangan dia.

Nak pulak bila Si Nurul Izzah tu sendiri sedang terpalit dengan skandal kes tuntutan fasakh yang difailkan terhadap suami dia sebelum ini. Kes tu masih lagi dibicarakan dimahkamah.

Maka, jika PKR letak Si Nurul Izzah tu sebagai calon, itu hanya akan diibaratkan sebagai satu langkah membunuh diri. Sudah tentu isu itu akan menyelubungi kempen PRK Kajang tu nanti.

Dari satu sumber yang kita dengar, puak - puak PKR tu bakal menggantikan Si Ketua Penipu tu dengan Si Rafizi memandangkan Rafizi merupakan arkitek kepada "Kajang Move".

Percaturan yang dibuat oleh Si Rafizi pada mula adalah untuk meredakan pergelutan dan konflik kepimpinan yang sedang melanda PKR di Selangor pada ketika ini.

Bagi Rafizi, hanya Si Ketua Penipu tu saja yang dapat menyelesaikan isu tersebut dengan cara merampas kerusi Menteri Besar dari Si Khalid Ibrahim selepas PRK tu nanti.

Tapi nampak gayanya, semua percaturan Si Rafizi tu hanya sia - sia belaka bila Si Ketua Penipu tu didapati bersalah meliwat Bekas Pembantu Peribadinya dan tak layak untuk bertanding.

Jadi terpaksa la Si Rafizi tu mengambil alih tempat Si Ketua Penipu tu. Cuma, pergelutan dan konflik diantara Khalid dan Azmin tu tak mungkin dapat diselesaikan.

Malah kini PKR sedang berhadapan dengan satu lagi konflik terbaru. Siapa pulak yang bakal dinobatkan sebagai Presiden Parti dalam pemilihan PKR bermula April nanti?

Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu dah menawarkan diri menggantikan Kak Wan dalam pemilihan kelak. Manakala Khalid pulak dah tawar diri nak bertanding sebagai Timbalan.

Jadi, jangan la terkejut jika dua tiga hari nanti, Si Azmin tu pulak akan tampil membuat pengumuman sama ada dia akan mempertahankan jawatan Timbalan atau bertanding bagi jawatan Presiden. Kalau itu berlaku, makin parah la konflik dalam PKR ni jawabnya!!!

2 ulasan:

  1. Elokla pelacur bertudung PR angkat jadi pemimpin.

    BalasPadam
  2. Quote of the Year: " Question: What stands in the way between Anwar Ibrahim and his ambition to become the PM of Malaysia? Answer: It is his undying love of the temptingly delicious soup bontot" LOL

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.