Halaman

Sabtu, Mac 15, 2014

GEMPAK!!! MB PAHANG JADI 'DRIVER BAS'!!!


Heh! Apa, korang ingat Khairy Jamaluddin je ke yang boleh jadi pemandu teksi. Kalau setakat bawak kereta ni, semua orang pun boleh. Cuba bawak bas tengok.

Nah! Gambar diatas tu menunjukkan aksi YAB Menteri Besar Pahang sedang memandu bas. Tapi bas bukan sebarang bas brader. Ini bas ekspres!!! Penuh dengan orang pulak tu.


Hehehe! Jangan cepat sangat nak buat spekulasi yang bukan - bukan. YAB Menteri Besar Pahang ni sedang memandu uji bas yang akan digunakan untuk kemudahan awam.

Ianya merupakan sebahagian dari gimik pelancaran bagi perkhidmatan bas henti - henti untuk kawasan sekitar Pekan Benta hingga Kuala Lipis.


Perkhidmatan bas kendalian syarikat Sri Jengka ni adalah sebahagian dari usaha pihak Kerajaan untuk membantu rakyat dari segi pengangkutan awam.

Nak pulak bila sekarang ni banyak syarikat bas henti - henti ni dah semakin kurang kerana tak dapat keuntungan yang menggalakkan. Kecuali perkhidmatan bas ekspres.

Maka inilah hasil usaha pihak Kerajaan Negeri Pahang dalam membantu rakyat agar dapat meringankan bebanan mereka setiap hari. Bukan la macam puak - puak Pakatan tu sekadar pandai bercakap je tapi kerja satu hapah pun diorang tak buat!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.