Inilah kes 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi Ni'. Tapi tahan jugak la diorang pecat Hakim Mahkamah Syariah diorang tu. Baru betul tindakan yang dilakukan.
Tapi kat Malaysia ni lain pulak. Ada Haprak dah terbukti dalam penghakiman kata dia meliwat pun masih lagi nak dijulang jadi pemimpin. Malah ada yang anggap dia setaraf 'Nabi'.
Tak cukup dengan itu. Dah kantoi dalam video beraksi dengan Chinadoll pun masih lagi ada orang nak angkat dia jadi Perdana Menteri. Sekarang ada hati nak jadi Menteri Besar pulak. Orang macam ni kalau jadi Perdana Menteri, alamat jahanam la Negara jawabnya!!!
JAKARTA: Dua hakim mahkamah rendah di Jambi, Sumatera Tengah, seorang daripadanya hakim mahkamah syariah, dipecat pada Selasa selepas didapati melanggar kod etika kerana melakukan hubungan sulit, lapor agensi berita Antara.
Hakim mahkamah negeri, Elsadela dan hakim mahkamah syariah, Mastuhi yang dibicarakan berasingan bagaimanapun mendapat hak pencen.
"(Jawatankuasa mendapati) Hakim terlapor terbukti melanggar kod etika pedoman dan perilaku hakim dan (jawatankuasa) menjatuhkan hukuman pemberhentian tetap dengan hak pencen," kata Ketua Majlis Kehormatan Hakim, Andi Syamsu Alam ketika membacakan keputusan sidang panel itu.
Menurut panel itu, tindakan dua hakim berkenaan tidak menjunjung harga diri, martabat dan keluhuran hakim. Dua hakim itu dihadapkan ke jawatankuasa etika yang ditubuhkan oleh Mahkamah Agung dan Suruhanjaya Kehakiman.
Kes itu didengar selepas suami Elsadela membuat laporan mendakwa isterinya mengadakan hubungan sulit dengan Mastuhi, yang juga telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Beliau membuat laporan itu selepas menjebak isterinya berdua-duaan dengan hakim agama itu pada akhir November tahun lalu.
Dalam pembelaannya meminta hukuman yang ringan, Elsadela berkata rumahtangganya tidak harmoni sejak awal pernikahan dan mengaku pernah menuntut cerai daripada suaminya.
Krisis rumahtangga itu jugalah yang membawa kepada perkenalannya dengan Mastuhi. Mereka pada awalnya bertukar nombor PIN Blackberry untuk tujuan rundingan permohonan cerai. Namun, Elsadela mendakwa Mastuhi menggunakan kesempatan itu untuk mendekatinya sehingga terjebak melakukan hubungan suami isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.