Halaman

Khamis, Mac 06, 2014

HARAKAH DIDAKWA MEMECAH-BELAHKAN PAKATAN!!!


Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang mempersoalkan tindakan akhbar lidah rasmi PAS dalam isu berkaitan perjanjian MoU Air di Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor tu nampak bingung apabila akhbar tersebut mempertikaikan secara terbuka tindakan yang telah diambil oleh pihak Rejim Pakatan Selangor.
“Patutkah lidah resmi sebuah parti mempertikaikan secara terbuka tindakan sebuah kerajaan di mana parti itu adalah sebahagian dari kerajaan tersebut? Bukankah lebih baik dilakukan secara dalaman terlebih dahulu?, ” katanya dalam laman sosial, iasamad, 3 Mac.

YB Iskandar menulis lagi, “Kalau kita setuju kebebasan penuh dalam media ie lidah resmi parti boleh kritik parti atau kerajaan bawah parti maka pimpinan parti kena berhati-hati.


“Semua media patut diberi layanan yg sama, tak kira media parti sendiri atau media parti lawan. No special treatment,” katanya.
Selain Pesuruhjaya PAS Selangor, laman media sosial Pro Ulama PAS juga didapati turut mempersoalkan tindakan pihak editorial Harakah berkaitan dengan isu yang sama.

El-Haraki dalam kenyataannya menyebut bahawa tindakan pihak editorial Harakah itu dilihat sebagai penyambung lidah kepada UMNO untuk memecah belahkan Pakatan.
“Harakah menjadi lidah kepada UMNO memecah belahkan Pakatan Rakyat? Siapa di belakang Harakah?.”
Satu lagi laman sosial Pro Ulama PAS, 'Kami Bersama Ulama Muda Haraki' juga turut membuat dakwaan bahawa akhbar tersebut kini menjadi lidah rasmi Si Ketua Penipu tu.

Tindakan yang telah dilakukan oleh editorial Harakah dilihat hanya mengikut rentak Si Ketua Penipu tu dalam usaha untuk menjatuhkan Si Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Heh!!! Heran betul dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Masalah sesama dia sendiri, tapi masih jugak dia nak tuduh UMNO. Dah memang jenis Harakah tu penyebar propaganda Pakatan, nak salahkan orang lain pasal apa pulak!!! Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Kesian pemimpin dan juak-juak Pas yg kini kelihatannya begitu tersepit dgn perkembangan mutakhir politik Selangor gara-gara kongkalikong Anwar Ibrahim yg sedang berserabut otak serta tindakannya kerana 'kes liwat' yg dihadapinya di mahkamah kini.

    Setelah sekian lama menghentam sesuka hati pemimpin UMNO/BN dan kerajaan pusat, kini tiba pula gilran mereka berantakan sesama sendiri dalam pakatan yg dari dulu telah dijangkakan tidak akan bersepakat itu.

    Tetapi walaupun mereka berantakan sesama sendiri dalam pakatan, nama UMNO tatap tidak lekang drpd cemuhan yg dihamburkan.

    Kini apabila mereka tidak suka kpd seseorang atau sesebuah media, waima media milik mereka sendiri, para redaksinya akan dicap sebagai 'tali barut UMNO'.
    Kesian!

    Demikianlah hebatnya tarbiah Nik Aziz dan kelentongan Anwar Ibrahim yg sekian lama mendekam dihati para pemimpin dan pengikutnya.

    Demikian ketentuan Allah swt.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.