Halaman

Ahad, Mac 09, 2014

HUH! DIA TAKUT DENGAN POMPUAN RUPANYA!!!


Ku ingatkan hebat sangat la Si Zaid Al - Araki ni. Tapu rupanya baru ku tau yang dia ni takut dengan pompuan. Cakap je macam dia ni bagus. Hakikatnya depan pompuan cair beb!!!

Kalau sebelum ni, hasrat nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tu terpaksa dia mintak kebenaran Si Isteri dulu baru dia boleh umum.

Kali ini, baru dia dengar kata Kak Wan Omega tu yang akan ganti Si Ketua Penipu tu, terus dia tarik 'handbrake' dan umum tak jadi bertanding pulak.

Tapi, tak pelik la kalau dia tarik 'handbrake' bila dengar yang Kak Wan tu nak bertanding. Si Zaid ni memang dari dulu lagi suka ikut bontot Kak Wan masa dia dalam PKR.

Masa bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden menentang Si Azmin tu pun dia bertindak mengikut arahan Kak Wan jugak. Bukan orang lain yang suruh.

Jadi, tak heran la kalau dia umum tak jadi bertanding ni. Cuma dia perlu pastikan yang Kak Wan tu bukan hanya sekadar ganti Si Ketua Penipu tu sebagai calon DUN Kajang je. Silap hari bulan, Kak Wan tu pulak yang ganti Khalid. Takut nanti, dia jugak yang menyesal tak sudah!!!
PETALING JAYA: Bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Menurut Zaid, beliau membatalkan hasratnya itu berikutan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasminya hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRK tersebut.

"Selepas disabitkan bersalah pada Jumaat lalu, beliau tidak lagi layak bertanding dalam PRK ini.


"Jadi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah selamat dan kerajaan negeri akan terus stabil," katanya menerusi emel pada Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.