"HOBI" Mendorong Juruterbang bina simulasi sendiri |
Ekoran tersebarnya berita mengenai KEMUNGKINAN pesawat MAS MH370 itu dirampas, satu teori kini hangat menjadi perhatian dikalangan rakyat.
Sumber dari New York Times yang membuat pendedahan mengenai perkara tersebut sebelum ini membuatkan kita terfikir mengenai satu konspirasi.
Menurut pendedahan tersebut, pesawat MH370 tu telah dirampas oleh 'seorang juruterbang profesional' kerana disyaki telah mengubah haluannya lebih dari sekali.
Maka, tidak mustahil sekiranya juruterbang utama pesawat tersebut pun terlibat memandangkan dia juga seorang juruterbang yang profesional.
Mana tidaknya. Dekat rumah dia siap ada peralatan simulasi yang telah dibina sendiri. Malah turut dilaporkan, dia juga mampu menjadualkan perjalanan secara manual.
Sebelum ini, ada beberapa pihak mendakwa simulasi itu dibina hasil dorongan hobi kuat juruterbang terbabit dalam bidang penerbangan.
Kalau difikirkan dari segi logik, tak masuk akal orang yang ada pengalaman selama 18ribu jam rekod perjalanan sanggup nak bina simulasi tu sendiri dirumah.
Dia kerja sebagai juruterbang yang ada rekod yang cukup baik. Untuk apa lagi dia balik rumah dan buat benda yang sama untuk mengisi masa lapang dia sendiri?
Nah! Kemungkinan besar juruterbang tu sendiri pun terlibat. Tapi untuk tujuan apa dan kenapa dia bertindak sedemikian masih lagi menjadi satu tanda tanya.
Maka, mungkin sebab itu pihak Polis menjalankan siasatan dan membuat kunjungan ke kediaman juruterbang berkenaan untuk mengetahui latarbelakang dia secara lanjut.
Apa pun, semua itu hanya sekadar teori semata - mata. Kita biarkan pihak berkenaan menyiasat sepenuhnya insiden yang telah berlaku. Jadi, tak payah la kita sibuk - sibuk nak buat spekulasi yang bukan - bukan pulak!!! - selanjutnya, baca disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.