Apa saja alasan yang diberikan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu mengenai Konsensus Nasional memang tak boleh diterima akal.Semuanya hanya RETORIK belaka.
Jika sebelum ini, Si Saifuddin Nasution tu sibuk mendesak agar pihak Kerajaan menyegerakan perlaksanaan kea arah Konsensus Nasional demi kepentingan rakyat.
Malah dia juga turut mendakwa KONONnya pihak Kerajaan TIDAK SERIUS dalam perlaksanaan tersebut bagi memberikan gambaran yang Kerajaan ni tak prihatin.
Apa yang jelas, puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan diri mereka sendiri, bukannya untuk kepentingan rakyat.
Mereka yang sebenarnya tak serius dalam melaksanakan Konsensus Nasional demi menjaga kepentingan rakyat. Apa yang penting bagi diorang hanya mendapat habuan Politik.
Jika benar puak - puak Pakatan Haramjadah tu ikhlas dan betul - betul nak memperjuangkan kebajikan rakyat, sudah tentu diorang akan bertindak dulu.
Ini tidak. Hanya setakat desak je apa gunanya. Setakat bercakap kosong tak mendatangkan sebarang faedah pun. Kalau bercakap tanpa sebarang tindakan, budak tadika pun pandai.
Walhal, pihak Kerajaan sudah pun bertindak melakukan apa sahaja yang termampu bagi memastikan Kebajikan Rakyat dipelihara tanpa mengira kepentingan Politik.
Pihak Kerajaan cuba sedaya upaya untuk menangani masalah rakyat tanpa merujuk kepada sokongan Politik yang diberikan oleh mereka. Yang penting, Kerajaan jaga Kebajikan Rakyat.
Salah satu caranya ialah memberikan subsidi kepada mereka yang benar - benar berhak melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia. Semua orang dapat bantuan tu.
Yang paling terkini, pihak Kerajaan sanggup bersetuju dan menandatangani perjanjian MoU Air dengan Rejim Pakatan Selangor demi memelihara keperluan rakyat Selangor sendiri.
Itu membuktikan bahawa Kerajaan benar - benar komited dalam melaksanakan Konsensus Nasional sepertimana yang didesak oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri.
Tapi sebaliknya, puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri yang mengkhianati perlaksanaan Konsensus Nasional tu bila diorang umum nak batalkannya hari ini.
Apa sebab diorang nak batalkan Konsensus Nasional tu? Adakah ianya demi kepentingan rakyat? Jawapannya TIDAK!!! Diorang nak batalkannya BUKAN sebab rakyat.
Tapi ianya demi kepentingan Si Ketua Penipu tu yang telah dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya oleh mahkamah rayuan sebelum ini.
Jadi persoalannya, adakah wajar Kebajikan Rakyat tu dibatalkan hanya demi untuk memenuhi kepentingan nafsu serakah seorang manusia bernama Anwar Ibrahim? Bab tu korang fikir la sendiri!!! Jangan sampai kita terjebak dengan syubhah sudah la!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.