Halaman

Isnin, Mac 10, 2014

PIL KUDA vs PELIWAT: PENYOKONG PAS PUN PELIK!!!


Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki berkata terdapat double standard penilaian ahli - ahli parti terhadap kes mahkamah yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan kes saman terhadap Presiden PAS, Hadi Awang.

Anwar yang dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dakwa laman sosial itu dinilai sebagai kes bukan peribadi.

Sebaliknya, Abdul Hadi yang diarahkan membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin dinilai sebagai isu peribadi.

“Anwar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah semua mengambil cakna hatta ahli PAS sendiri. Tidak pula ia dianggap isu peribadi.

“Apabila Tuan Guru Presiden difitnah dengan isu pil kuda, ia dianggap isu peribadi dan ada pimpinan PAS sendiri menyalahkan Tuan Guru Hadi Awang.

“Walau bagaimanapun, datang dari mana pun kezaliman, ia tetap perlu diperangi dan dibanteras, “kata laman sosial itu.

Menurut El Haraki lagi, walaupun Anwar telah dijatuhi hukuman bersalah, namun Abdul Hadi tetap menyatakan sokongan terhadapnya, sebaliknya apabila kes yang sama berlaku terhadap Presiden PAS, tiada sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakannya yang lain.

“Apa yang berlaku kepada Anwar suatu titik hitam kepada sejarah perundangan negara. Kagum dengan Al-Murabbi Tuan Guru Presiden yang tetap mengeluarkan kenyataan sokongan dan solidariti terhadap Anwar.

“Walaupun ketika beliau dihentam bahkan disaman oleh PKR sendiri, langsung tiada solidariti daripada rakan-rakan lain. Moga Allah panjangkan usia murabbi yang mendahulukan maslahah ummah berbanding peribadi,”katanya. - AIDC

PS: Kan kiat dah kata sebelum ni. Dosa jual Pil Kuda tu lagi besar dari meliwat. Dan paksi puak - puak Pakatan Haramjadah ni ialah Si Ketua Penipu tu. Bukannya orang lain!!!

1 ulasan:

  1. Hj hadi yg fitnah bukan difitnah. Dia sendiri sokong anwar maka pengikut dia pun ikut la. Floormat saja pas ni di mata anwar. Buat kesat kotoran.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.