Halaman

Isnin, Mac 17, 2014

SENARAI 6 ORANG YANG DISYAKI!!!

Sebaik sahaja kemungkinan pesawat MH370 disyaki telah dirampas, Oriental Daily bertindak menyenaraikan enam individu yang perlu diberi perhatian.

1. Pouria Nour Mohammad.
Pemuda berumur 19 tahun dari Iran ini telah menggunakan pasport curi warga Austria untuk menaiki pesawat MH370. Dia dipercayai mahu melakukan transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman.

Dia memegang pasport palsu dan memasuki Malaysia melalui Thailand, tetapi dipercayai tidak mempunyai kemungkinan besar untuk terlibat dalam aktiviti pengganas.

2. Delavar Seyedmohammaderza
Interpol mengenal pasti individu ini sebagai pemegang pasport palsu yang kedua. Dia menggunakan pasport palsu warga Itali dan memasuki Malaysia melalui Thailand. Dia dipercayai mahu melakukan transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman.

3. Jurutera elektronik etnik Uyghur
Individu ini mempunyai kelulusan tinggi dan merupakan pensyarah di Turki serta melakukan kajian di sebuah pusat simulator penerbangan di Eropah.

4. Seorang penumpang dari Fuzhou, China yang tidak menaiki pesawat.
Seorang penumpang MH370 dilaporkan berada di rumahnya di Fuzhou, China dan tidak pernah melawat negara lain. Kejadian itu mewujudkan pertanyaan sama ada terdapat seorang lagi pemegang pasport palsu.

5. Juruterbang, Zaharie Ahmad Shah
Mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, Zaharie merupakan juruterbang yang amat berpengalaman. Zaharie mempunyai simulator penerbangan di rumah dan kediamannya telah digeledah polis.

Selain itu, juruterbang terbabit juga turut dilaporkan sebagai seorang penyokong tegar kepada Anwar dan juga PKR.

6.  Pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid
Mempunyai pengalaman penerbangan sebanyak 2,763 jam. Seorang wanita Australia mendedahkan Fariq membenarkannya masuk ke dalam kokpit.

Jadi, puak - puak Pakatan tu tak payah la nak meroyan tak tentu arah dan buat penafian yang tak masuk akal. Banyak kemungkinan yang masih menjadi tanda tanya. Jangan la diorang gabra tak tentu pasal pulak!!!

7 ulasan:

  1. Puak2 PKR nk tlg bantu siasat?? Soalan mcm mana AIR MANI nwar dlm jubo saiful pun tak nk jwb.,yg PKR tau hanya fitnah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan air mani yang ada kat pungkoq sifool tu DNA......baca baliklah laporan perbicaraanlah bhai......jangan jadi keldai.....

      Padam
  2. Ini semua adalah kesalahan kita semua, dan yang paling nyata adalah kesalahan semua pemimpin pemimpin politik Malaysia yang memecah belahkan rakyatnya tanpa memikirkan kesannya kepada negara.

    Bagi aku, Anwar memang celaka sebab dia terlampau mendendam Dr. Mahathir, walaupun kebanyakan mereka yang berdamping rapat dengan dia tahu dan maklum dengan sifat kemunafikan dia. UMNO dan BN pula memang celaka juga sebab tidak melaksanakan program DEB dan NEP dengan adil sehingga banyak menindas Bumiputera sendiri. Banyak wang yang dihabiskan untuk pelajar pelajar Bumiputera tetapi mereka langsung tidak diberi peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka dengan adil di tanah air mereka sendiri.

    Rakyat jelata yang bertugas untuk menjaga kedaulatan dan keamanan pula banyak yang mengambil rasuah tak tentu pasal sehingga lupa ALLAH s.w.t bencikan perkara itu. Ini melemahkan pertahanan negara, baik dari segi fizikal mahupun rohani.

    Dalam kes MH370 ini, pada firasat aku, juruterbang, Anwar dan PKR sedang melalui proses di FITNAH. Yes, ini baru betul fitnah keatas mereka, tetapi yang melakukannya bukanlah UMNO atau BN, tetapi satu kuasa luar yang ingin memporak perandakan Malaysia. Kta bergasak tiap hari, diorang tengok je, apabila Anwar dijatuhkan hukuman sahaja, mereka terus bertindak..... inilah pertama kali Anwar dan PKR di aniaya (ingat .. PERTAMA).

    Sekiranya mereka gagal, kita mungkin akan dihidangkan dengan drama dimana juruterbang, Anwar dan PKR langsung tidak terlibat, maka bergegar gegarlah kembali Malaysia di tangan kita sendiri. Sekiranya mereka berjaya, kita akan terus mengingati kejadian ini sebagai satu pengkhianatan oleh juruterbang, Anwar dan PKR dan mungkin akan terus memadamkan PKR(aku suka je ... tapi not like this)

    In the end, rakyat Malaysia kerugian besar, negara yang sedang membuat promosi Visit Malaysia 2014 rugi besar ... MAS rugi besar(jangan lupa beli saham MAS waktu harga rendah ni .. TIPS tu) ... kita sudahpun tewas akibat kerakusan diri kita sendiri.

    Aku menyeru kepada ahli ahli politik semua agar kembali kepada akhlak yang baik dan bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Aku tau korang cari makan dengan rasuah dan fitnah memfitnah je, baik DAP, UMNO,PKR maupun PAS. Aku harap korang semua puas hati dengan apa yang korang telah lakukan. Ikut hati aku, aku sepak sepak korang semua.

    BalasPadam
  3. Klu di rampas pesawat tu ada kat mana skrg?seluruh dunia dah tahu MH370 hilang jd pesawat tu tak nak isi minyak ke?fikirlah dgn logik.

    BalasPadam
  4. dalam hal apa pun jgn nk salah pemimpin yg konon nk pecahbelah umat...tp tanya pda diri sendiri..berimankah anda..andai anda beriman tidak akn berlaku perpecahan d kalangan umat...sikap suka buruk sangka(husnuzon) tidak patut ada dlm diri setiap org mukmin...bawalah ugama kita dgn baik insyaAllah smua akn ok...jd terima sja setiap musibah dgn berlapang dada dan serahkan kpd ahlinya yg pakar dn berkuasa utk mnjalankan tugas mereka..kalau nk komen komen yg positif..kenyataan2 yg negatif tidak menambah kebaikan apa pun malahan lebih kpd perpecahan dn menambah rasa marah, benci dikalangan umat itu sendiri...agak2 tak tahu nk komen dok diam2..itu lebih baik..

    BalasPadam
  5. Firman Allah SWT.:
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
    Yang maksudnya:
    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Al-Hujuraat: 6].
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1384].

    Terjemahannya dlm bahasa Inggeris:
    “O ye who believe!. If a wicked person comes* to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done,” [Al-Hujuraat : 6].
    [*Footnote No. 1924 – All tittle or reports – especially if emanating from persons you do not know – are to be tested, and the truth ascertained. If they were believed and passed on, much harm may be done, of which you may have caused afterwards to repent heartily. Scandal or slander of all kinds is here condemmned. That about women is especially denounced: 24:11-20; 23-26.] – ‘Abdullah Yusuf ‘Ali, “The Meaning of THE HOLY QUR’AN”, Amna Corporation, Brentwood, Maryland, U.S.A., 1996, p. 1340.]

    BalasPadam
  6. Semoga Pesawat MH370 muncul dan hal sebenar akan diketahui..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.