Nampak gayanya Si Tian Chuak tu tak puas hati sejak pihak mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap dia dan dua orang lagi rakan fitnah dia sebelum ini.
Biar pun usaha mereka untuk membuat rayuan sebelum ini telah gagal, namun ianya tidak mematahkan semangat untuk terus mencuba bagi mengenepikan dakwaan tersebut.
Tapi, apa guna dia nak buat kerja Haramjadah tu ye tak. Dah terang - terang dia memang kantoi tabur fitnah dan cuba nak hasut orang tak tentu arah. Tu pasal la dia dikenakan tindakan sedemikian. Penyakit pun bukan orang lain cari. Sekarang, sendiri tanggung la!!!
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua aktivis pembangkang pada Rabu sekali lagi memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadap mereka yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah tahun lepas.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, Adam Adli Abd Halim dan Hishamuddin Md Rais memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Daim & Gamany di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pertama Tian Chua, Adam Adli dan Hishamuddin untuk membatalkan permohonan itu selepas mendapati ia pramatang dan tidak bermerit.
Dalam permohonan kali ini, mereka memohon satu perintah bahawa pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 digantung atau dibatalkan atas alasan pendakwaan terhadap mereka merupakan satu penyalahgunaan kuasa Mahkamah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka mendakwa akta itu juga merupakan satu sekatan yang tidak munasabah terhadap hak kebebasan bersuara dan ia bercanggah dengan Perkara 10(1)Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu mereka memohon perintah mahkamah supaya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu. Mereka juga memohon Akta Hasutan 1948 itu adalah batal dan tidak sah.
Tian Chua dalam afidavit sokongannya berkata Akta Hasutan 1948 bersifat menindas, abitrari, dan keterlaluan serta bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Tian Chua, 51, Adam Adli, 25, dan Hishamuddin, 62, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.55 malam pada 13 Mei tahun lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.