Heh!!! Mungkin Mak Lampir ni pun terdiri dari golongan mereka yang 'Air Penuh Dalam Kepala'. Maka sebab itulah dia meroyan tak tentu arah.
Hakikatnya, Si Mak Lampir ni bukannya peduli sangat dengan nasib malang yang menimpa rakyat. Tapi dia sekadar nak cari salah Si Khalid Ibrahim tu je.
Maklum la. Si Mak Lampir ni kan diantara orang yang beria - ia bergerak bagi memastikan Si Khalid tu digugurkan dari jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Maka, dia akan guna apa saja cara dan alasan untuk mempertikaikan tindakan Si Khalid. Termasuk mempergunakan isu - isu yang berkaitan dengan rakyat.
Dalam erti kata lain, Si Mak Lampir ni hanya mempergunakan isu kepentingan rakyat demi memenuhi agenda sulit yang berkepentingan peribadi semata - mata. Bukannya dia peduli sangat dengan kepentingan rakyat!!!
PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dituduh tidak mengendahkan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat di Selangor.
"Beliau sudah nyatakan jaminan tapi gangguan bekalan air masih berlaku dengan kerap terutamanya di kawasan Ampang dan Gombak," kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Ahad.
Menurut Zuraida yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), penduduk Ampang berhadapan dengan pelbagai isu bekalan air bersih yang tidak berkesudahan sejak tahun lalu.
Katanya gangguan bekalan air menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai.
"Isu ini timbul apabila masalah air tidak diuruskan dengan baik. Kami sudah penat untuk dengar penjelasan tentang apa yang sudah dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.
"Beliau perlu nyatakan dengan jelas langkah yang telah dan akan dibuat untuk menanganinya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.