Heh!!! Kalau tadi kita dah buat ulasan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Joe Bedul tu mengenai pemilihan PKR yang dijangka selesai pada 28 Jun nanti.
Namun, kita semua tau yang itu hanya sekadar mimpi Joe Bedul saja disiang hari. Apa yang jelas, Si Joe Bedul tu tidak berpijak didunia yang nyata. (Klik Sini)
HAKIKATnya, pemilihan PKR tu takkan mampu nak selesai pada 28 Jun seperti mana yang dinyatakan oleh Si Joe Bedul tu sebab banyak lagi kes yang belum selesai.
Salah satu daripadanya ialah kes yang timbul di Nibong Tebal ni. Itu pun satu bukti jelas yang pemilihan PKR ni jauh dari selesai. Banyak lagi isu yang perlu diatasi oleh PKR.
NIBONG TEBAL: Walaupun Pemilihan semula PKR sudah diadakan buat kali kedua, namun ahli parti itu masih tidak berpuas hati.
Menurut Bekas Timbalan Ketua Cabang itu, Mohd. Kamil Abu Bakar, anggota parti itu tidak mengiktiraf pemilihan semula pada Ahad lalu kerana mendakwa proses itu dicemari unsur sabotaj dan tidak boleh dipercayai.
Justeru mereka mendesak agar pemilihan kali ketiga diadakan dalam waktu terdekat.
"Prinsip keadilan tidak wujud dalam pemilihan parti dan ini mengecewakan kami sebagai ahli peringkat akar umbi.
"Disebabkan perkara ini, ada yang menyarankan supaya kami keluar parti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, pemilihan di Cabang Nibong Tebal kecoh apabila penyokong calon yang bertanding bertikam lidah ketika proses pengundian di Dewan Serbaguna Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Ampangan, berlangsung.
Bab isu penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, amalan rasuah serta pergaduhan yang mencetuskan kekecohan membuktikan bahawa ianya mustahil untuk dilaksanakan.
Jadi, usah la Si Joe Bedul tu nak bermimpi disiang hari dan cuba nak menipu rakyat. Terima je hakikat Kebenaran yang pemilihan PKR ni memang takkan dapat nak diselesaikan tanpa berlakunya kekecohan!!! Setakat dia pandai bercakap je, baik tak payah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.