Fuh!!! Kalau baca kenyataan media yang dikeluarkan oleh Si Mike ni, nampak sangat dia angkuh dan sombong lepas jadi Ketua Cabang Kuala Selangor.
Siap keluar ayat kata, Si Khalid Ibrahim tu perlu bekerja keras untuk dapatkan semula 'Kampung' dia. Seolah - olah macam Si Mike tu dah berjaya jajah kampung Si Khalid tu.
"Dah kalah sudahlah, sudah cukup. Khalid kena terimalah kekalahan ini, tunggu lagi tiga tahun dan kena kerja untuk dapatkan balik kampung dia ini.
"Di kampung Khalid di Pasir Tuntung, pun saya menang banyak. Bukan itu sahaja di kampung sendiri pun tidak ada air, saya kena bawa air dari Kapar untuk bagi orang kampung dia air," katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di Bukit Melawati di sini, Isnin.
Ayat tu keluar sebagai respon kepada usaha yang dilakukan oleh pengikut - pengikut Khalid untuk mendesak pemilihan semula diadakan bagi Cabang tersebut.
"Sekiranya Azman benar-benar mahu bos (Khalid) menang, dia kena hadir masa pengiraan undi itu, bukan duduk di rumah tidur atau tengok bola.
"Kami akan bantah sekiranya benar pemilihan akan diadakan semula. Saya sekarang sudah Ketua Cabang," katanya.
Heh!!! Memang lumrah jadi pemimpin dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah ni berasa bangga diri bila diorang menang. Diorang ni memang mudah lupa diri.
Realitinya, Si Mike tu TAKUT kehilangan jawatan sebagai Ketua Cabang. Dia takut dia akan kembali merempat jika pemilihan bagi cabang tersebut diadakan semula.
Sekiranya Si Mike tu yakin dengan kemampuan yang dia ada dan sokongan yang diberikan oleh orang dikawasan Cabang tersebut, dia tak perlu takut.
Sepatutnya dia lebih yakin untuk menghadapi Si Khalid Ibrahim tu sekiranya ada yang buat desakan. Bukannya bercakap macam orang lupa diri dan bersikap angkuh tak tentu arah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.