Heh!!! Patut la sebelum ni dia beria - ia sangat nak hapuskan Kuasa Eksekutif yang ada pada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkaitan dengan isu rampasan Alkitab tu.
Sampai tahap dia sanggup menjadi 'Kepala Alam' menghasut 3 orang Ahli Parlimen PAS Selangor bersekongkol untuk membelakangkan pendirian PAS sendiri.
Rupanya dia takut jika MAIS ambik tindakan drastik dan melaksanakan kuasa yang ada. Tak heran la kenapa dia juga turut buat dakwaan terhadap Pengerusi MAIS.
Bagi sesetengah pihak, tindakan dia menunjukkan yang dia tidak mendahulukan Islam dan menjaga serta memelihara kesucian agama tersebut secara terang - terangan.
Mungkin dia ingat Pengerusi MAIS tu 'Kurang Cerdik' gamaknya. Maka sebab itulah dia meroyan tak tentu arah. Jadi, jangan pulak dia hilang akal lepas baca berita ni. Takut nanti, ke Tanjung Rambutan pulak dia!!!
SHAH ALAM : Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pihaknya mempunyai kuasa untuk melupuskan bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) awal Januari lalu.
Beliau berkata, namun disebabkan mementingkan keharmonian dan keadilan maka kes rampasan tersebut dirujuk kepada pendakwaraya untuk diadili di mahkamah.
"Apa kita nak buat dengan buku rampasan, sebenarnya pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) boleh hapuskan dengan sendiri.
"Tapi sebab kita pentingkan keharmonian dan keadilan, kita pulangkan kepada pendakwaraya untuk diadili di mahkamah," katanya semasa berucap dalam majlis penutup Konvesyen Pemerkasaan Ummah Peringkat Kebangsaan 2014 di Kompleks Tabung Haji di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum itu, Peguam Negara Abdul Ghani Patail memberitahu, kes rampasan berkenaan perlu ditutup berikutan pihaknya mendapati MAIS tersalah langkah.
Mohamad Adzib berkata, MAIS menolak keputusan peguam negara yang menutup kes tersebut kerana alasan yang diberikan tidak kukuh.
"Kami terima keputusan tidak didakwa kerana itu kuasa peguam negara dan akur dengannya. Tapi kami tidak bersetuju dengan sebab dan alasan ia tidak didakwa," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, MAIS akan meneruskan operasi membanteras pengedaran Bible berbahasa Melayu dan Iban di negeri ini dan akan membuat tangkapan jika terdapat pihak yang mengedarkan Bible berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.