Penasihat DAPigs, Lim Kit Siang membayangkan Pakatan tidak dapat bertahan sampai Pilihanraya Umum 14 sekiranya GAGAL mencapai konsesus bersama.
Kit Siang mula memberi bayangan itu ketika bercakap dalam majlis makan malam DAPigs Melaka sambil merujuk kepada isu perlaksanaan Hukum Hudud oleh PAS.
Menurutnya, selepas setahun PRU ke 13, para penyokong Pakatan mula mempersoalkan mampukah mereka untuk terus berdiri kukuh untuk menghadapi PRU akan datang?
“Rakyat Malaysia menantikan PRU seterusnya dengan penuh harapan dan mengharapkan akan ada perubahan pada kerajaan persekutuan tetapi dapatkah Pakatan bertahan sehingga PRU14?” soalnya.
Kata dia, pada penghujung 2011, Pakatan berdepan dengan krisis mengenai hudud dimana ia telah menimbulkan perdebatan di antara barisan kepimpinan DAPigs, PAS serta PKR.
Tetapi mereka berjaya mencari penyelesaian iaitu dengan memberi keutamaan kepada kerangka kerjasama dan konsensus Pakatan yang telah dipersetujui.
Majlis Kepimpinan Pakatan menegaskan bahawa hudud bukanlah agenda Pakatan dan sebarang perubahan dasar dalam Pakatan perlu mendapat persetujuan bersama.
“Seperti saya katakan sebelum ini, jika hudud menjadi isu kontroversi pada PRU13 lalu, Barisan Nasional bukan sahaja akan mendapat dua per tiga majoriti di Parlimen. Malah Pakatan Rakyat mungkin kehilangan Selangor selain Kedah dan Johor akan kembali menjadi negeri ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional,” tambahnya.
Katanya lagi, pengundi tidak mahu Pakatan Rakyat menerima nasib seperti Barisan Alternatif (BA) sebelum ini yang hanya kekal untuk satu pilihan raya sahaja.
Kesimpulannya, Si Kit Siang tu secara sinis cuba menyindir PAS secara diam - diam dan menyalahkan parti itu kerana menimbulkan semula isu perlaksanaan Hukum Hudud ni.
Menyalahkan PAS atas alasan tersebut bukan satu isu yang baru bagi pemimpin DAPigs. Ianya pernah dilakukan oleh Anak Si Karpal Singh tu sewaktu DAPigs tewas di Teluk Intan.
Kata dia, isu Hudud tu merupakan diantara faktor utama yang menyebabkan calon DAPigs, Si Gundik Kit Siang tu kalah kepada calon Barisan Nasional dengan majoriti tipis.
Jadi, usah la Si Kit Siang tu nak cuba bersembunyi disebalik persoalan rakyat. Dia sepatutnya menyatakan pendirian tegas parti dia sendiri. Jangan pulak dia nak menjadikan penyokong - penyokong Pakatan tu sebagai 'Kambing Hitam'!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.