Halaman

Selasa, Jun 24, 2014

LAGI BERITA YANG BUAT KHALID 'G' MELOPONG!!!


Huh! Tak sudah - sudah lagi Si Khalid Samad ni dimalukan oleh kepimpinan PAS di Selangor rupanya. Semacam ada gerakan pulak nak memalukan dia secara berjemaah.

Jika semalam, kita dah baca ulasan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Selangor berhubung kedudukan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar.

Kali ini giliran Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri pulak yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan cadangan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu.

Kata Si Pesuruhjaya PAS Selangor ni, kedudukan bagi seorang Menteri Besar bukan hanya sekadar bergantung kepada keputusan parti Politik semata - mata.

Tetapi ianya menjadi ketetapan oleh DYMM Tuanku Sultan serta rakyat di Selangor sendiri. Maka, bukan mudah untuk Pakatan mengubah kedudukan sedia ada.
"Jangan hanya mengambil kira pandangan pemimpin politik sahaja. Pemimpin politik perlu juga turun ke bawah untuk mendapatkan pandangan sebenar di peringkat akar umbi.


"Mereka juga mempunyai hak kerana seorang Menteri Besar itu bukan sahaja milik orang politik tetapi juga milik seluruh masyarakat," tegas Iskandar menerusi kenyataan media yang dihantar kepada Antarapos.
Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga turut menyatakan bahawa agenda mengugurkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar hanya didalangan oleh 'Golongan Tertentu' sahaja.

Nah!!! Sekarang apa pulak respon Si Khalid Samad berhubung pendirian yang telah dibuat oleh PAS Selangor ni? Masih lagi ke dia nak meroyan tak tentu arah?

Kini, persoalan yang dibangkitkan oleh penyokong PAS diperingkat akar umbi terhadap pendirian Si Khalid Samad itu cukup jelas. Kenapa dia membelakangkan parti?

Yang jelas, kenyataan serta pendirian Khalid Samad serta beberapa lagi pemimpin PAS yang lain dilihat seolah - olah dipengaruhi oleh orang luar.

Adakah Si Khalid Samad ini yang dimaksudkan sebagai 'Golongan Tertentu' sebelum ini? Jika benar, untuk siapa dan tujuan apa dia nak buat desakan tersebut?

Apa yang pasti, pendirian Si Khalid Samad tu sebelum ini ternyata hanya memalukan PAS dan dilihat sengaja mengheret PAS dalam kemelut kepimpinan yang melanda PKR pada ketika ini. Itu pasal la Si Khalid Samad tu tak layak nak jadi wakil PAS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.