Halaman

Isnin, Jun 30, 2014

MUNGKIN KHALID 'G' TAK TAU PASAL BENDA NI!!!


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa bertindak mengikut garis panduan undang-undang seperti yang telah diperuntukkan kepada badan tersebut. 

Menurut kata Peguam Cara dan Peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Salehuddin Saidin, apa yang dilakukan oleh JAIS selari dengan undang - undang penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.  

Beliau dalam pada itu mencabar mana-mana pihak mendakwa JAIS bertindak melulu dan salah, agar tampil membuat pendakwaan terhadap badan penguatkuasa agama berkenaan.
"Enakmen ini diwujudkan, kita tak boleh ketepikan enakmen ini. Kita tak boleh mengatakan enakmen ini ultravirus kepada perlembagaan persekutuan, atau tidak bagus dan sebagainya, sebab enakmen ini tetap wujud. Kita kena kuatkuasakan, kalau tidak enakmen ini hanya sekadar satu hiasan saja tanpa dapat digunakan.
"Ini adalah apa yang MAIS sebenarnya lakukan selama ini. Kalau MAIS tak ikut undang-undang, cabarlah MAIS. Bawalah MAIS ke mahkamah. 
"Tapi sepanjang mereka mengutuk, menghina, mengatakan yang buruk tentang tindakan MAIS, ada sesiapa yang dakwa MAIS?," ujarnya sinis. 
Malah kata beliau, tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS yang tidak mahu memulangkan naskhah Bible yang dirampas itu bukan kerana angkuh, sebaliknya adalah kerana meyakini ia melanggar enakmen 1988 berkenaan.
"Kalau kata JAIS ini angkuh, tak mahu ikut undang-undang, dah lama dah Bible itu dibakar. Tapi tidak dilakukan sedemikian. Bermakna JAIS sentiasa mengikut undang-undang," ujarnya.
Jelasnya, hal ini kerana arahan Peguam Negara sendiri yang menyatakan proses pemulangan naskhah yang dirampas itu perlu dilakukan mengikut peruntukan undang-undang.

PS: Mungkin dalam bab perlaksanaan serta penguatkuasaan enakmen tersebut, Si Khalid G tu belum khatam lagi kot.

Maka sebab itulah dia meroyan tak tentu arah dan mendesak agar kuasa eksekutif yang dimiliki oleh MAIS dihapuskan sebelum ini.

Apa yang jelas, Si Khalid G tu hanya mengutamakan kepentingan Politik semata - mata. Dia bukannya peduli sangat pasal nak menjaga kesucian Islam ni. Nama je wakil PAS, tapi perangai macam HARAMJADAH!!!

2 ulasan:

  1. Bukan Khalid G ni saja, banyak lagi penyokong PAS yg perangai macam dia. Ada juga intelek yg tak setuju saranan Khalid......tapi takut nak komen kerana tunggu komen pemimpin tinggi komen kerana komen pemimpin tertinggi lebih bernas. Sebenarnya ada ilmu mereka lebih tinggi drp pemimpin mereka. Atas tujuan politik mereka berdiam diri.

    BalasPadam
  2. khalid apa dia tahu?...korek hidong, korek jubur dia tau...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.