Halaman

Jumaat, Jun 20, 2014

NEGARA ISLAM YANG ISLAM PUN TAKUT NAK MENGAKU!!!


Hari ini status Negara menjadi satu persoalan yang cukup hangat diperkatakan dikalangan rakyat bawahan terutama dikedai kopi. Adakah Malaysia ni Negara Islam atau Sekular?

Itu persoalan yang hangat menjadi hujahan sejak akhir - akhir ni. Kalau dulu, isu berkaitan dengan Negara Islam tu menjadi bahan Politik parti tertentu.

Tapi pada ketika itu niatnya adalah untuk memburukkan pihak Kerajaan yang dilabelkan sebagai Sekular dan mengikut kehendak pemerintahan British.

Diatas pentas - pentas Politik, pemimpin parti PAS terutamanya sering memukul gendang menuntut agar Malaysia diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam diperingkat antarabangsa.

Mereka melabelkan negara ini sebagai negara kafir atau pun sekular. Dulu idea dan pemahaman ini berlegar dalam kalangan mereka yang minat kepada agama Islam.

Tinggal lagi pada ketika itu, desakan untuk pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam bertujuan agar dapat membangkitkan semangat umat Islam itu sendiri.

Namun hari ini, status berkaitan dengan Negara Islam itu menjadi Polemik apabila ada pihak yang sengaja menolak pengiktirafan yang telah diberikan oleh masyarakat dunia.

Kini ada pihak mula mempertikaikan status Negara Islam di Malaysia  agar elemen Islam itu tidak ditekankan dalam pentadbiran dengan alasan ianya bercanggah dengan sifat Negara.

HAKIKATnya, Malaysia memang sebuah Negara Islam yang mana teraju pemerintahannya diketuai oleh orang Islam dari parti yang memperjuangkan Islam itu sendiri.

Itu REALITI yang perlu diterima oleh pihak yang berkenaan. TAPI malangnya, ada juga orang Islam dari kalangan pemimpin PAS turut serta mempertikaikan status tersebut.

Mereka dilihat seolah - olah sudah berubah arah dari apa yang pernah dilabelkan dahulu dan seakan - akan menolak status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

Semuanya bukan atas dasar perjuangan Islam itu sendiri tetapi sebaliknya atas dasar kepentingan Politik berkepentingan peribadi semata - mata.

Yang lebih memalukan ialah apabila ada dikalangan pemimpin UMNO pun dilihat TAKUT nak menyokong pandangan Jamil Khir berkaitan dengan status Negara Islam ni. Jika tidak, kenapa diorang hanya sekadar berdiam diri bila Jamil Khir kena hentam!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.