Halaman

Ahad, Jun 29, 2014

PEMILIK LAMAN SOSIAL PRO PAS TAKUT KENA MAKAN BABI!!!

AHLI PARLIMEN TEMERLOH TOLAK DAKWAAN CINA TAK SOKONG DIA!!! 
Heh!!! Percaya atau tidak, itu diantara jawapan yang akan diberikan oleh Si Ahli Parlimen PAS Temerloh berikutan tersebarnya berita mengenai penolakkan kaum Cina terhadap dia.

Semalam, satu laman sosial Pro PAS mendedahkan kajian yang dibuat oleh sebuah badan pengkaji mengenai pola sokongan kaum Cina terhadap Ahli Parlimen tersebut.

Laman sosial tersebut mendakwa, masyarakat Cina di temerloh rasa menyesal kerana memilih wakil PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.


Tapi yang herannya sumber dari mana laman sosial Pro PAS tu dapat, apa nama badan pengkaji tu tak pulak dinyatakan. Yang didedahkan hanya kenyataan itu sahaja.

Tak de pulak dilampirkan berapa banyak kutipan sampel yang dibuat dan berapa peratusan terhadap kajian yang telah dibuat. Laman sosial tu setakat buat status begitu je.

Apa yang dilihat, kemungkinan besar laman sosial tersebut hanya mahu mencetuskan persepsi buruk terhadap Ahli Parlimen PAS Temerloh itu sahaja.

Perkara tersebut dapat dilihat apabila pemilik laman sosial tersebut turut mendakwa KONONnya wakil rakyat itu seorang yang Pro UG (Kerajaan Perpaduan).

Kemungkinan, pemilik laman sosial tu seorang penyokong PAS yang Liberal dan menolak kebarangkalian wujudnya Kerajaan Perpaduan diantara UMNO dan PAS.

Tapi tak pelik la kalau pemilik laman sosial tu boleh mempunyai anggap sedemikian. Sebab selama ini dia punya 'tagline' pun berbunyi, "Biar makan babi dari sokong UMNO"

Jadi, kalau PAS bergabung dengan UMNO untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan, maka terpaksa la pemilik laman sosial Pro PAS tu telan kata - kata dia sendiri. Itu padahnya bila bercakap tak menggunakan Kepala Otak. Dia banyak sangat guna Kepala Lutut!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.